• 17 minutes ago
Kerajaan Yaman mendakwa 42 wanita dan kanak-kanak perempuan terbunuh manakala 161 lagi cedera akibat serangan dan tembakan kumpulan Houthi di wilayah Taiz sejak Ogos lalu.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 42 wanita dan kanak-kanak perempuan terbunuh, manakala 161 lagi cedera akibat serangan berdilan dan tembakan penembak tepat
00:09kumpulan huti di wilayah Taiz, Yaman sejak Ogos lalu.
00:13Angka itu didedahkan Pejabat Hal Ehwal Kepungan Taiz yang menyifatkan kejadian berkenaan sebagai sebahagian daripada pelanggaran berterusan terhadap wanita dan
00:21kanak-kanak perempuan di wilayah tersebut.
00:24Pejabat itu memaklumkan insiden berkenaan direkodkan antara 10 Ogos hingga 17 November lalu dan turut menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa
00:33berpindah akibat peningkatan konflik.
00:35Pada masa sama, tentera kerajaan Yaman melancarkan serangan ke atas kedudukan huti di Taiz dan Al-Jaf, manakala kumpulan itu
00:43menuduh Arab Saudi menjalankan serangan udara di Taiz, Al-Hudaidah dan Saada.
00:48Dalam perkembangan berasingan, Ketua Polis Green City di Laj, Kapten Awas Mohamed Iskandar meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam
00:58letupan yang menyasarkan rondaannya awal minggu ini.
01:01Ketegangan ketenteraan di Yaman kembali memuncak sejak Julai lalu sekaligus memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang telah berlarutan selama lebih satu
01:11dekad.

Recommended