00:00Iran mendakwa melepaskan tembakan amaran terhadap sebuah jet pejuang F-16 AS yang menghampiri pulang hengam di Teluk pada Jumaat.
00:08Menurut Kor Pengawalan Revolusi Islam Iran IRGC, jet berkenaan ketika itu sedang mengiringi beberapa kapal dan menyediakan pelindungan udara kepada
00:17kapal berkenaan.
00:19Tindakan itu memaksa jet itu mengubah haluan dan menjauhi ruang udara Iran.
00:23IRGC turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan melanggar peraturan kawalan pergerakan kapal di Selat Hormuz tidak akan diterima.
00:32Pasukan itu menegaskan ruang udara Iran merupakan kawasan larangan yang perlu dihormati oleh semua pihak.
00:38IRGC memberi amaran akan mengambil tindakan pertahanan udara tegas sekiranya jet pejuang AS mengulangi tindakan berkenaan.