- 2 minutes ago
Adakah peningkatan nilai hartanah Bumiputera benar-benar mencerminkan pertambahan pemilik rumah atau sekadar didorong kenaikan harga aset? Ikuti kupasan bersama Datuk Ahyat Ishak mengenai realiti pemilikan hartanah Bumiputera di Malaysia.
Category
🗞
NewsTranscript
00:02Pemilikan Hartanah Bumi Putera terus menjadi perhatian apabila nilai transaksi dan harga rumah mencatat peningkatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
00:11Namun persoalan utama ialah sama ada peningkatan itu benar-benar mencerminkan pertambahan bilangan pemilik rumah Bumi Putera
00:16atau sekadar didorong kenaikan harga hartanah, terutama di kawasan bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor dan juga Pulau Pinang.
00:22Walaupun pelbagai inisiatif seperti Kota Bumi Putera, diskam pembelian dan juga skim pembiayaan khas diperkenalkan, isu kemampuan memiliki rumah masih
00:30menjadi cabaran besar khususnya bagi golongan muda dan berpendapatan sederhana.
00:34Dapat masa sama, pertumbuhan pasaran hartanah premium dan dikenaikan nilai aset sediada turut memberi gambaran seolah-olah kekayaan hartanah Bumi
00:42Putera semakin kukuh.
00:43Namun jika kadar pemilikan tidak berkembang seiring pertambahan populasi, peningkatan nilai tersebut mungkin hanya dinimati oleh kelompok pemilik sediada.
00:51Dan keadaan ini menimbulkan persoalan lebih besar mengenai keberkesanan dasar perumahan Bumi Putera, jurang pemilikan antara generasi serta kemampuan rakyat
00:59membina kekayaan melalui aset hartanah dalam jangka panjang.
01:03Jadi untuk membincang lanjut tentang perkara ini, kita bersama dengan tetamu mingguan kita iaitu Dato' Ahyad Ishak, Presiden, Pengasas Kawan
01:11Nita Pejuang Hartanah.
01:12Okey, Dato' kita nak bincang soal yang mungkin kalau kita tengok secara asasnya penting untuk kita bincangkan walaupun mungkin ada
01:19yang anggap sedikit sensitif.
01:20Tapi sebelum itu saya ada sedikit data lah kalau kita boleh tunjukkan lah kita nak kongsikan kepada anda.
01:25Ini adalah data yang dikeluarkan oleh DOSEM berkenaan dengan pindah milik harta tanah Bumi Putera 2025.
01:30Kita ada bahagikan kepada lima di sini, kediaman, komersial, industri, pertanian dan juga pembangunan.
01:36Kalau kita lihat lah di sini, kediaman nilai itu adalah RM37.6 bilion dengan bilangan RM125,000 lebih kurang.
01:43Komersial RM5,000 nilai RM2.8 bilion.
01:46Industri RM198 dengan nilai RM0.2 bilion.
01:51Pertanian RM55,000 dengan nilai RM5.2 bilion.
01:54Pembangunan bilangan RM18,000 dan nilainya RM2.8 bilion.
01:58Okay, bagaimana kita nak mentafsirkan data-data ini, Dato' adakah kita masih tercicir ataupun ketinggalan dan bagaimana Dato' boleh rungkaikan
02:08daripada data DOSEM ini?
02:09Terima kasih kepada Nabila yang highlight artikel ini dan sekian lama saya pun tidak ingat pernah melihat data mengenai pemilikan
02:22atau transaksi khusus untuk Bumi Putera.
02:25Jadi, saya pun nak ucapkan tahniah kepada DOSEM dan tahniah kepada Kerajaan yang mengeluarkan data ini ya Nabila.
02:33Kalau kita lihat data ini, kita pun tak tahu nak keluarkan kenyataan adakah ini menunjukkan peningkatan?
02:41Adakah ini menunjukkan pengukuhan dalam pemilikan hartanah dalam kalangan orang Melayu?
02:45So, bagaimana kita nak tahu sekiranya ini adalah berita yang baik seperti yang dipaparkan sekarang ini?
02:51Pertamanya, kita perlu bandingkan tahun 2025 kerana ini data tahun 2025.
02:57Sekarang pun kita tidak ada data penuh tahun 2026 kerana kita belum selesai 2026 maka ini adalah data penuh yang
03:03kita boleh guna pakai.
03:04Kita perlu membandingkan tahun 2025 dengan tahun 2024 dan sebelum-sebelum itu sebelum kita nak mengeluarkan kenyataan adakah ada peningkatan.
03:14Jadi, kita pun tidak ada data pada tahun 2024 maka kita perlu membuatkan perbandingan apa?
03:21Perbandingan yang kedua yang kita perlu buat ialah melihat data ini berbanding dengan keseluruhan pasaran hartanah sekarang.
03:30Dan apa yang kita dapati nampaknya pemilikan hartanah dalam kalangan Bumi Putera tercicir di negara kita sendiri.
03:41Kenapa saya kata begitu? Kerana, first kita tengok populasi negara.
03:47Kalau kita buat, lihat populasi negara, melihat orang Melayu dan Bumi Putera dan saya menggunakan perbandingan warga negara.
03:54Bukan populasi penuh, 34 lebih juta. Saya mengambil 31 juta itu sebagai perbandingan.
04:00Maka kita akan lihat orang Melayu ada lebih kurang 58% dan Bumi Putera 12% lebih.
04:10Maka kalau ditambahkan, kita melihat ada 70% warga negara Malaysia adalah dalam kalangan orang Melayu dan Bumi Putera.
04:2370.7%.
04:25Maka kita boleh lihat sekiranya, sekiranya saya buat kiraan ringkas, pemilikan hartanah itu tidak sampai 50% secara keseluruhan.
04:36Kalau tidak diambilkan kira tadi secara kategori.
04:40Kalau secara keseluruhan berbanding dengan keseluruhan transaksi tahun 2025, hartanah yang dimiliki oleh Bumi Putera itu tak sampai pun 50%.
04:53Kalau ikut komposisi populasi, warga negara sepatutnya 70.7%.
04:59Maka kita lihatlah di situ ada keseluruhan gap.
05:06Jadi adakah dia lebih baik daripada tahun 2024? Itu kita perlu kaji semula.
05:11Tapi secara nyatanya kita tercicirlah dari segi populasi.
05:16Adakah adil untuk kita melihat, ok, kalau populasinya 70%, pemilikannya juga sepatutnya 70%.
05:24Adakah itu adil? Saya pun fikir itu adalah apa yang rakyat akan expect.
05:32Ok, kalau populasinya 70%, sepatutnya pemilikannya pun 70%.
05:37Tapi di sini kita lihat di bawah 50%.
05:40Kita boleh lihatlah kenapa ini berlaku dan inilah yang kita nak kaji dan kita ulas sepanjang sesi kita pagi ini.
05:47Kalau mengikut data rosa ini sebenarnya meningkat sedikitlah yang menghampiri,
05:52menjadikan pemilik harta, pindah milik harta ini mencecah RM48.6 bilion pada 2025 untuk tahun lepas.
05:59Jadi peningkatan dengan peningkatan ini, Dato' adakah ini menandakan ataupun menunjukkan bahawa dasar pemerkasaan ekonomi Bumi Putera di Malaysia ini
06:08berkesan
06:10dan sehingga menjadikan kedudukan kewangan Bumi Putera kita makin kukuh pada waktu ini
06:15ataupun adakah disebabkan peningkatan harga rumah itu sendiri?
06:18Ok, secara keseluruhannya pun memang akan adalah impak kepada peningkatan harga secara keseluruhan,
06:24peningkatan nilai hartanah dan itu akan menyebabkan pemilikan rumah dalam kalangan Bumi Putera
06:30malah yang bukan Bumi Putera pun akan meningkat juga.
06:33Ok, tapi apabila dinyatakan memang ada peningkatan, maka kita boleh lihatlah segala polisi yang telah dilancarkan oleh kerajaan
06:42yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum-sebelum ini berkesan.
06:46Tapi kita masih lihat, walaupun kita lihat katakan kita setuju ada peningkatan
06:52tetapi adakah kita patut berpuas hati?
06:55Kita sepatutnya tidak kerana kita masih jauh tercicir dari secara keseluruhannya.
07:02Kalau kita nak lihat pendapatan dulu, boleh tak kita bincang tentang pendapatan?
07:08Ok, tadi dah melihat tentang populasi tapi kalau kita lihat pendapatan untuk seisi rumah
07:15yang Bumi Putera adalah 6,555 yang etnik Cina 8,900 dan India 7,900.
07:28Jadi jelas kelihatan di sini, Bumi Putera berada di bawah pendapatan penengah di bawah bangsa yang lain.
07:37Dan kalau kita lihat secara keseluruhan di Malaysia, 7,017 itu adalah pendapatan menengah secara keseluruhan di Malaysia
07:45dan Bumi Putera itu berada di bawah keseluruhan.
07:49Dan kita pun tidak terkejut sekiranya kita melihat pemilikan hartanah Bumi Putera itu adalah di bawah peratusan populasi
08:00kerana data ini. Kalau kita nak ambil data-data yang lain juga, kita boleh kaji semula
08:06tapi bila kita lihat data yang paling penting yang akan menerjemahkan kuasa memiliki rumah
08:14sudah pasti kita kena lihat pendapatan rakyat itu sendiri dan kita lihat jelas.
08:22Kalau kita lihat juga data mengenai gaji untuk sektor formal juga
08:28nampaknya Bumi Putera 2,600.
08:32Bayangkan 2,600, India 3,000 dan China 4,600.
08:37Di sini juga kita berada di bawah purata negara iaitu 3,027.
08:44Di situ dah memang jelas bahawa kekuatan ekonomi seorang rakyat Bumi Putera itu rendah
08:55berbanding dengan kaum yang lain maka kebolehan, kemampuan dia memiliki hartanah juga
09:01akan berada di bawah kaum yang lain.
09:05Kalau kita lihat juga, kalau kita lihat juga tanda aras kan, kalau kita ambil 70% sebagai tanda arasnya
09:13apa yang kita lihat hanya sektor pertanian, Bumi Putera ada pemilikan yang tinggi
09:24bukan sahaja sejajar dengan peratusan populasi sekiranya kita ambil itu sebagai benchmark
09:29pertanian sahaja dan pembangunan Alhamdulillah dia hampir 70% itu 67.9%
09:37Yang paling kita tercicir, Nabilah, ialah sektor industri.
09:43Sektor industri itu, kita hanya sebenarnya memiliki tak sampai pun 3%
09:48padahal populasi kita sepatutnya 70% dan komersial kita hanya 12%.
09:54Di sini kita lihat keupayaan rakyat Bumi Putera itu memiliki hartanah jenis komersial
10:01dengan industri jauh tercicir berbanding dengan kaum yang bukan Bumi Putera.
10:08Yang untuk kediaman pula dia 49.3% pemilikan secara keseluruhan berbanding dengan 70%
10:15sebagai garis panduan untuk populasi.
10:18Di sini lah.
10:20Maksudnya soalan Nabilah tadi adakah berkesan?
10:24Kalau ada peningkatan maksudnya ada berkesan.
10:26Tetapi kita tidak boleh berpuas hati dan kita perlu usahakan lagi pelaksanaan dasar-dasar
10:33untuk membantu Bumi Putera itu memiliki hartanah di tanah air sendiri
10:39selain daripada sektor kediaman sahaja semata-mata,
10:43komersial industri, pertanian dan pembangunan juga.
10:46Ini membawa saya kepada persoalan seterusnya.
10:48Adakah masih relevan kota Bumi Putera dalam pasaran hartanah pada waktu ini?
10:52saya faham dengan data-data gaji itu menunjukkan Bumi Putera ataupun kaum Melayu
10:58adalah yang paling rendahlah kalau kita nak bandingkan dengan kota-kota lain.
11:01Tapi adakah kita patut fokus terhadap peningkatan gaji terlebih dahulu
11:05berbanding dengan kota itu sendiri?
11:07Oh, ok.
11:08Jangan buang kota itu lagi.
11:11Kerana nampaknya kita masih memerlukan kota itu.
11:14adakah Bumi Putera akan mengejar, saya guna perkataan itu,
11:21akan berebut untuk membeli rumah kerana ada kota Bumi Putera
11:28yang itu kita perlu kaji.
11:30Kota itu perlu ada kerana golongan Bumi Putera dan golongan Melayu
11:34masih memerlukan bantuan seperti yang kita lihat dalam data yang kita bincangkan tadi.
11:39tetapi apa yang saya dapati, kota Bumi Putera ini juga akan membawa kepada
11:44diskaun Bumi Putera khusus kepada golongan Bumi Putera.
11:48Kita dapat diskaun bergantung kepada negeri-negeri tertentu.
11:53Boleh jadi 5%, 7%, ada yang saya tinggi 15% diskaun Bumi Putera.
11:58Sepatutnya itu membayangkan kita, kita boleh membayangkan
12:01sepatutnya Bumi Putera berkejaran, berebut-rebut untuk mendapatkan diskaun ini.
12:08tetapi apa yang kita lihat, kalau kita lihat di ekspo hartanah,
12:12di program-program hartanah, tidak semestinya Bumi Putera itu,
12:18rakyat Melayu dan Bumi Putera yang lain, tak semestinya mereka merebut.
12:22Dan masih berlaku Nabila.
12:25Saya terpaksa sebut ini kerana ini apa yang saya kaji secara peribadi.
12:31apa yang saya dapat di tempat-tempat yang ada, di setiap negeri ada diskaun Bumi Putera.
12:37Tapi bila ditanya, untuk non-bumi, bukan Bumi Putera,
12:44dia ada sales package yang lain.
12:48Yang menyebabkan harga rumah itu pun lebih kurang.
12:53Akhirnya, berbanding dengan sekiranya Bumi Putera membelinya dengan diskaun Bumi Putera.
12:59Sebagai contoh, ada pemaju yang saya kaji,
13:02bila kita borak-borak di booth-booth mereka,
13:05mereka memberikan rebat, rebate kepada pembelian.
13:11Contohnya, kalau harganya RM500,000,
13:14kita akan memberikan rebate 10%.
13:17Yang akan menjadikan harga rumah itu sebenarnya RM450,000.
13:20Tapi dalam SMP dia masih kekal RM500,000.
13:23Dan rebate ini, dia hampir sama dengan diskaun Bumi Putera.
13:31Malangnya, untuk Bumi Putera, bila dah didiskaun,
13:35pembiayaan rumah, peratusan pembiayaan rumah itu akan dikira berdasarkan harga selepas diskaun.
13:41Jadi, 10% dan sebagainya yang perlu dikeluarkan oleh Bumi Putera,
13:46yang membeli dengan diskaun Bumi Putera,
13:48masih agak besar.
13:50Tetapi, bila kita lihat,
13:51untuk yang tak perlu ada diskaun Bumi Putera ini,
13:54yang ada rebate,
13:57harga dia masih kekal pada harga asalnya,
14:00tetapi bila diberikan rebate,
14:02sebenarnya,
14:04deposit yang perlu dikeluarkan,
14:06sebenarnya tak perlu sebanyak
14:08apabila perlu dibeli dengan diskaun Bumi Putera.
14:12Perkara ini masih berlaku.
14:13Dan saya tanya macam ni,
14:15saya tanya satu soalan Cepumas.
14:16saya tanya,
14:17kalau macam ni,
14:18macam lebih baik saya tak ambil Bumi Diskaun.
14:22Dan dia bagitahu apa kat saya.
14:25Dia kata,
14:26memang betul.
14:27Ramai pun orang Melayu yang datang kepada saya,
14:30akhirnya tak membeli hartanah ini
14:33dengan diskaun Bumi Putera,
14:36tapi mereka ambil open unit
14:38dan mereka mengambil rebate.
14:39akhirnya nanti Bumi Unit yang dapat Bumi Diskaun tak terjual.
14:47Walaupun ada orang Melayu,
14:50Bumi Putera,
14:51yang membeli hartanah di projek itu.
14:53jadi ini perkara yang masih berlaku.
14:56Dan banyak tahun sebelum ini,
14:58kan viral perkara ini,
15:00diskaun dengan rebate untuk non-bumi
15:01dan nampaknya benda ini masih berlaku.
15:05Jadi,
15:06bila bertanya tentang soal kuota,
15:10bila bertanya tentang soal diskaun kepada Bumi Putera,
15:13ia masih relevan.
15:14tetapi pelaksanaannya di lapangan,
15:18nampaknya tidak memberi manfaat
15:22seperti yang mungkin kerajaan inginkan.
15:26Dan ini adalah satu perkara yang sedih bagi saya.
15:29Ini tidak bertentangan dengan mana-mana
15:31akta atau undang-undang?
15:33Wow!
15:34Adakah bertentangan dengan mana-mana akta atau undang-undang?
15:38Yang kita tahu,
15:40di setiap negeri ada kuota Bumi Putera.
15:44dan kalau Bumi Putera yang membeli,
15:46mesti ada diskaun.
15:47Jadi,
15:48pemaju tetap memberi kuota itu
15:51dan tetap memberi diskaun itu.
15:53Adakah salah pemaju
15:56mewujudkan sales package,
15:58package-package jualan khas
16:00kepada pembeli?
16:04Saya tak tahulah kalau ada undang-undang yang menghalang
16:07pemaju mahu menjual
16:10dan mereka ada package jualan.
16:12Kadang-kadang,
16:12package-nya,
16:13okey, dapat
16:14aircon percuma
16:16di master bedroom
16:18atau dapat package
16:21furniture yang dah siap
16:23dengan kitchen cabinet.
16:24Jadi,
16:25itu package jualan.
16:26Tak salah.
16:29Mungkin perlu kita
16:30kaji lagi perkara ini kan
16:32sebab
16:33saya pasti kuota itu perlu dihabiskan
16:35setiap tahun kan?
16:36Ya.
16:36apabila kerap kali
16:38saban tahun tak terjual dan juga tak habis,
16:41ini perlu kita...
16:42Kita tangani.
16:43Malah-malah itu antara
16:46rintihan hati
16:47yang dibawa oleh
16:49persatuan pemaju.
16:50Ya.
16:50antara curahan hati mereka,
16:53rintihan atau aduan mereka ialah
16:57kuota Bumi Putera ini tak terjual.
17:00maka izinkanlah kami
17:02untuk
17:03melepaskan kuota ini
17:05dan
17:06boleh dijual semula
17:07kepada
17:08bukan Bumi Putera.
17:11dan apabila itu berlaku
17:13yang saya dengar
17:15dikenakan denda
17:17kepada pemaju ini
17:18maka
17:18pemaju perlu membayar
17:20bahagian
17:21bahagian-bahagian tertentu itu
17:24sekiranya mahu dilepaskan
17:26kuota Bumi Putera ini.
17:28Jadi,
17:28itulah yang kita perlu kaji.
17:30Akhirnya,
17:31akhirnya,
17:32sekiranya
17:33perkara ini berlaku
17:35di pasaran
17:37betullah soalan Nabilah itu
17:39masih perlukah lagi
17:41kuota tersebut
17:43apabila ada ribet dan sebagainya.
17:45Sekiranya ada ribet dan sebagainya,
17:46betul.
17:47Dan
17:47kita pula tertanya soalan
17:50bagaimana nak mencetus
17:52minat Bumi Putera ini
17:54untuk
17:55membeli
17:56hartanah yang
17:58tersedianya kuota
18:00untuk Bumi Putera
18:01dan
18:02tersedianya diskaun khas
18:04untuk mereka.
18:06Itu juga.
18:07Jadi, inilah perbincangan
18:08dan juga keresahan
18:09terutama kita
18:10sebagai antara
18:11Rakyat Bumi Putera juga
18:12tapi bagaimana
18:13antara
18:14cadanganlah
18:15juga nasihat
18:16untuk kita ini
18:17bukan sahaja dapat
18:18membeli hartanah
18:19tapi tak boleh
18:20membina kekayaan
18:21melalui hartanah.
18:22Mungkin kesedaran itu
18:23tak meluas lagi.
18:24Kalau kita tengok
18:25data pun masih lagi kurang
18:26dan tercicir.
18:27Jadi, bagaimana Datuk?
18:27Sebenarnya,
18:28dua soalan itu
18:29sangat mantap.
18:30Dua perkara itu.
18:32Pemilikan hartanah
18:33mencipta
18:34kekayaan dengan hartanah
18:35adalah dua perkara berbeza.
18:36satu benda yang kita
18:39kena lihat ialah
18:39adakah pemilikan
18:40hartanah itu
18:41semata-mata
18:42membina
18:43kekayaan
18:44dalam keluarga
18:45di Malaysia?
18:47Jawapannya
18:47pastinya
18:48ya.
18:48Kenapa
18:49benda itu berlaku
18:50apabila kita
18:51membeli hartanah
18:52sebagai contoh
18:53dengan pembiayaan bank.
18:54Apabila
18:55dua perkara ini
18:55berlaku
18:57nilai hartanah
18:58meningkat
18:59dan
19:00baki bayaran
19:01kepada bank
19:01baki hutang bank
19:02itu turun.
19:03Dua perkara ini
19:04perlu berlaku
19:05maka akan berlakunya
19:07penambahan
19:07kekayaan
19:08atau wealth
19:09atau equity
19:10dalam
19:11sebuah keluarga.
19:13Sekiranya
19:14dua perkara ini
19:14tidak berlaku
19:15maka kekayaan
19:16dalam keluarga itu
19:17tidak bertambah.
19:18Kerana
19:19kekayaan itu bertambah
19:20kerana
19:21equity
19:22maknanya pemilikan
19:23yang sebenar
19:24di dalam hartanah
19:25setelah ditolak
19:27baki hutang
19:28dengan
19:28institusi kewangan
19:30seperti bank
19:31itulah yang
19:32kita namakan
19:33sebagai
19:33kekayaan.
19:35Tetapi
19:36kalau kita
19:36lihat
19:37dari satu sudut
19:38yang berbeza
19:39kalau kita
19:40lihat
19:40kekayaan
19:42adakah kita
19:44menjadi lebih
19:44kaya
19:45dengan hartanah
19:46yang kita
19:47miliki
19:48untuk duduk?
19:49Sebenarnya
19:50kalau kita
19:51lihatkan
19:51tidak
19:52kerana
19:52segala
19:53peningkatan
19:54dan equity
19:55yang terbina
19:56dari rumah
19:57yang kita duduk
19:57itu
19:58adalah
19:59hanya
20:00apa yang kita
20:00namakan
20:01paper gain
20:01kalau dalam
20:02saham pun
20:03paper gain
20:04selagi kita
20:05tak menjualnya
20:06kita tidak
20:06merealisasikan
20:07keuntungan itu
20:09sama juga
20:10dengan pemilikan
20:10hartanah
20:11semua
20:12keuntungan
20:13equity
20:14yang terbina
20:15dalam rumah itu
20:15hanyalah
20:17satu
20:18keuntungan
20:19atau kemewahan
20:20atau kekayaan
20:21di atas
20:22kertas
20:22selagi kita
20:24tak menjualnya
20:25keuntungan itu
20:26tidak menjadi
20:27keuntungan
20:27yang menyebabkan
20:28keluarga-keluarga
20:29di Malaysia itu
20:30benar-benar kaya
20:31merasakan
20:32hasilnya
20:33tapi
20:34bila kita
20:35duduk
20:35di dalam rumah itu
20:36kalau kita
20:37menjual rumah itu
20:38untuk merasakan
20:39keuntungan itu
20:40lepas itu
20:41kita nak duduk
20:42di mana
20:42jadi disitulah
20:44kita kena faham
20:45konsep
20:45kita tidak
20:46menjadi
20:47lebih kaya
20:48dengan rumah
20:49yang kita
20:50duduki
20:50walaupun
20:51adalah
20:52paper gain itu
20:52tetapi
20:53kita menjadi
20:54lebih kaya
20:55dengan rumah
20:55yang kita
20:56labur
20:57mungkin untuk
20:58tujuan sewa
20:59semula
20:59atau nanti
21:00bila ada
21:01peningkatan nilai
21:02kita jual
21:02semula
21:03tetapi
21:04pandangan
21:04rakyat biasa
21:05Nabila
21:06pelabur
21:08hartanah ini
21:09adalah
21:09kumpulan
21:10yang
21:10tidak diraihkan
21:12kerana
21:13mereka ini
21:14melabur pada
21:14satu aset
21:16yang dinamakan
21:17hartanah
21:17yang menjadi
21:19sebenarnya
21:19rumah
21:20kepada
21:20rakyat biasa
21:22dan
21:22apabila
21:23berlakunya
21:24spekulasi
21:25yang berlebihan
21:26pelaburan
21:26yang berlebihan
21:27nanti
21:28apa yang akan
21:29berlaku
21:29kepada pasaran
21:30pasaran akan
21:30apa perkataan dia
21:32akan melonjak
21:33tinggi
21:34dan harga
21:35meningkat
21:36di luar
21:37jangkauan
21:38rakyat
21:38biasa
21:39yang
21:39perlukan rumah
21:40itu untuk
21:41duduk sendiri
21:41tetapi
21:43apa yang saya
21:43lihat sekarang ini
21:44peningkatan
21:45harga rumah
21:46itu tidak
21:47sangat berlaku
21:48kerana
21:49hanya kerana
21:50spekulasi
21:51berlebihan
21:51malah
21:52apa yang saya
21:53lihat
21:53spekulasi
21:54berlebihan
21:55ini sebenarnya
21:55tidak berlaku
21:56sangat sekarang
21:56kenapa yang
21:57kita lihat
21:58harga
21:59nilai hartanah
22:00tidak dapat
22:00melonjak
22:01tinggi
22:01sangat pun
22:02sekarang ini
22:03kerana
22:03dah dijual
22:04tinggi
22:04kerana kos
22:05pembinaan
22:05tinggi
22:06kerana
22:06pemaju
22:07pun menjual
22:08harga
22:09masa depan
22:10dan
22:11kita boleh melihat
22:12lonjakan
22:13harga hari ini
22:14pun kerana
22:15faktor-faktor
22:15yang lain
22:16selain daripada
22:17spekulasi
22:18dan itulah
22:19yang sedang berlaku
22:20di pasar
22:20saya nak selit juga
22:21dalam satu minit
22:22apa mungkin risiko
22:23akan berlaku
22:23jika pemilikan
22:24hartanah
22:24bumi putera
22:25ini tidak bergerak
22:26seiring dengan
22:27harga pasaran
22:27dan mungkin
22:28dengan populisi
22:28di Malaysia
22:31sekiranya
22:31berlakunya
22:32peningkatan
22:33tahun demi tahun
22:34Alhamdulillah
22:35tapi kita lihat
22:35sekarang ini
22:36kita masih tercicir
22:37dan sekiranya
22:38kita tidak dapat
22:39berkembang
22:40sejajar dengan
22:41peningkatan
22:42pasaran hartanah
22:43dan kita tidak dapat
22:45memenuhi
22:46syarat yang kita
22:47lihat itu
22:47sebagai contoh
22:48kita mengambil
22:49satu penanda
22:50arah populasi
22:52bumi putera itu
22:53sendiri
22:53maka kita akan
22:54lihat
22:55bumi putera
22:56akan terus
22:57tercicir
22:58di sektor
23:00hartanah
23:01dan apakah yang
23:01akan berlaku
23:02akhirnya
23:03kita tidak dapat
23:04turut serta
23:05dalam kemewahan
23:06dan kekayaan
23:07yang ada
23:07di dalam industri
23:08hartanah
23:09di dalam
23:09pemilikan
23:10hartanah itu
23:10dan itu adalah
23:11satu situasi
23:12yang sangat-sangat sedih
23:13untuk anak
23:15dan cucu kita
23:15itu sebabnya
23:16saya sangat-sangat
23:17apa ini
23:19bersyukur
23:19pihak
23:20Astro Awani
23:21terus memberikan
23:21ruang untuk kita
23:22khusus
23:23mengulas
23:24isu-isu
23:24hartanah
23:25kerana daripada
23:26pengulasan kita ini
23:28akan wujudkan
23:29kesedaran
23:30dan dari
23:31kesedaran itulah
23:32baru boleh
23:33melonjaknya
23:33satu tindakan
23:34supaya kita dapat
23:35merampas semula
23:37hak
23:38dan ruang
23:39yang kita tercicir itu
23:41insyaAllah
23:41semoga dengan
23:41perkongsian ini
23:43dapat menyuntik semangat
23:44untuk penonton-penonton
23:45Bumbutera kita
23:46untuk terus
23:47menyubang kepada
23:48pemilikan hartanah
23:49Bumbutera di Malaysia
23:50jadi terima kasih
23:50di ucapkan kepada
23:51pengasas komuniti
23:52pejuang hartanah
23:53Dato' Ayat Issa
23:53atas perkongsian itu tadi
23:54dan semoga
23:55perkongsian ini dapat
23:56memiliki manfaat
23:57kepada semua penonton
23:58dan semoga kita
23:59berjumpa lagi
23:59Assalamualaikum dan
24:00Assalamualaikum
24:01Terima kasih