• 4 minutes ago
KPWKM sedia berunding dengan sektor swasta untuk memperluas Aturan Kerja Fleksibel serta menggalakkan penyediaan TASKA di tempat kerja bagi membantu wanita mengimbangi tanggungjawab kerjaya dan keluarga.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM sedia berunding dengan pihak swasta bagi memperluas pelaksanaan Aturan Kerja Fleksibel AKF, khususnya
00:09bagi membantu wanita mengimbangi tanggungjawab kerjaya dan keluarga.
00:14Menurut Timbalan Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying, pendekatan itu akan dilaksanakan melalui perbincangan dengan pihak berkepentingan
00:22bagi mencari penyelesaian yang mengambil kira kepentingan pekerja dan keperluan operasi majikan.
00:30Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 Peringkat Jawatan
00:39Kuasa bagi KPWKM.
00:41Hui Ying berkata di bawah Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955, pekerja mempunyai hak untuk memohon AKF tetapi pada
00:51masa sama, majikan diwajibkan memberi kelulusan atau penolakan secara bertulis dengan alasan dalam tempoh 60 hari dari tarikh permohonan dibuat.
01:00Oleh itu, pendekatan KPWKM adalah tertumpu kepada pengukuhan budaya kerja mesra keluarga, kesedaran majikan dan juga sokongan ekosistem agar hak
01:09memohon AKF ini benar-benar diterjemah kepada peluang sebenar bagi wanita.
01:15Sementara itu, Hui Ying menyeru lebih banyak majikan menyediakan kemudahan taman asuhan kanak-kanak TASKA di tempat kerja bagi membantu
01:22meringankan beban ibu bekerja yang mempunyai anak kecil.
01:25Dewan Rakyat meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan 2027 berjumlah RM4.355 bilion yang diperuntukkan kepada KPWKM dalam belanjawan 2027
01:38dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 24 Ahli Parlimen.

Recommended