• 6 minutes ago
Kembalinya Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang, belum cukup meredakan kebimbangan pelabur terhadap keuntungan jangka panjang pelaburan kecerdasan buatan (AI) serta cabaran politik yang boleh menjejaskan pertumbuhan sektor itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penyertaan semula Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA Jensen Huang belum cukup meredakan kebimbangan pelabur terhadap prospek pertumbuhan dan keuntungan jangka panjang
00:09sektor kecerdasan buatan AI.
00:11Penanalisis pasaran Rohin Stan berkata, meskipun penyertaan Huang memberi reaksi positif kepada pasaran, kebergantungan sektor AI terhadap kepimpinan beliau turut
00:20menimbulkan ketidaktentuan dalam kalangan pelabur.
00:25Menurutnya, pelabur masih menunggu bukti bahawa pelaburan besar-besaran dalam teknologi AI mampu menjana pulangan yang setimpal.
00:33Sekter itu turut berdepan cabaran politik termasuk mantahan terhadap pembangunan pusat data di AS serta sekatan ekspor kapasiti pengkomputeran AI
00:42ke China.
00:43Faktor itu dijangka boleh menjejaskan permintaan masa depan terhadap chip berprestasi tinggi termasuk dikeluarkan NVIDIA.
00:49Dalam pada itu, prestasi indeks DAX Jerman turut bergantung kepada perkembangan ekonomi negara itu.
00:56Ia selepas data indeks pengurus pembelian PMI terkini menunjukkan aktiviti perniagaan mencapai tahap terkuat dalam tempoh beberapa tahun.

Recommended