• 3 minutes ago
KPM bercadang menaik taraf sistem pembesar suara di sekolah bagi memastikan audio ujian mendengar SPM lebih jelas, susulan dakwaan gangguan teknikal yang dilaporkan dalam peperiksaan tahun ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kemudahan sistem pembesar suara atau PA di sekolah seluruh negara akan dinaik taraf bagi memastikan kualiti audio lebih baik ketika
00:07peperiksaan CJ Pelajaran Malaysia SPM dijalankan.
00:11Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Umat Azam Ahmad berkata, carangan itu sudah dikemukakan dan akan dibawa semula kepada pengarah lembaga peperiksaan
00:19untuk tindakan lanjut.
00:23Beliau berkata demikian, susulan dawaan berlaku masalah teknikal ketika ujian mendengar bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2026.
00:30Baru-baru ini pengguna media sosial di platform TREX mendakwa audio ujian berkenaan tersekat-sekat hingga menjejaskan kelancaran calon menjawab
00:37peperiksaan.
00:38Lembaga peperiksaan manusia maklum balas ringkas menyatakan pihaknya mengambil maklum mengenai perkara yang dibangkitkan dan akan menjalankan siasatan lanjut.
00:45Mohd Azam berkata, penambahbaikan sistem PA penting bagi memastikan calon dapat mendengar dan memahami audio dengan jelas, khususnya ketika menduduki
00:53ujian mendengar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
00:56Beliau berkata, gangguan audio yang tular sebelum ini bukan berlaku secara menyeluruh, sebaliknya hanya melibatkan kes terpencil yang tetap memerlukan
01:03perhatian dan tindakan sewajarnya.
01:05Mohd Azam berkata, pihak pengurusan peperiksaan di peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri perlu memainkan peranan masing
01:12-masing
01:12bagi memastikan kemudahan perperiksaan dinilai dan tindakan sewajarnya diambil.
01:16Beliau berkata, pengetua selaku pengurus perperiksaan sekolah serta pengurus perperiksaan di peringkat negeri perlu memastikan prosedur or prosedur standar SOP
01:24dipatuhi termasuk menilai kemudahan yang digunakan.
01:27Mengulas lanjut, Mohd Azam berkata, masalah yang dilakukan tidak semestinya berpunca daripada kerusakan sistem audio, sebaliknya mungkin berkaitan keupayaan calon
01:35menangkap sebutan dan bunyi perkataan yang diperdengarkan.

Recommended