00:00Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC memfalkan saman RM300 juta terhadap Google LLC atas dawaan CUAI berhubung penerbitan semula
00:10kandungan palsu berbau fitnah di YouTube oleh penulis blog Wan Mohamad Azri Wan Dres atau dikenali sebagai Papa Gomu.
00:18MCMC selaku plaintiff memfalkan saman itu terhadap syarikat teknologi multinasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat
00:24pada 23 Oktober lepas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi Tertuan Siham & Associates.
00:32Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pengurusan kes saman itu ditetapkan pada 8 Disember ini secara isi makan di hadapan timbalan pendaftar
00:41Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.
00:43Dalam penyataan tuntutan, MCMC berkata pada 12 Ogos lepas, plaintiff telah menerima aduan dan mengenalpasti penerbitan semula kandungan
00:51oleh Wan Mohamad Azri yang boleh diakses di platform YouTube.
00:56Susulan itu, MCMC mengeluarkan satu notis pada 19 Oktober dengan mendakwa Google gagal melaksanakan kewajiban statutori
01:03yang bebas di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan syarat lesennya menyebabkan kandungan Wan Mohamad Azri terus disebarkan.
01:13MCMC juga mendakwa Google gagal mengambil langkah proaktif yang munasabah
01:17untuk menilai dan menyiasat secara bebas kandungan yang dipertikaikan
01:21dan saluran YouTube Wan Mohamad Azri selepas menerima notis bertarikh 19 Oktober daripada Suranjaya itu.
01:29Menurut MCMC, defendant juga gagal mengambil tindakan segera untuk mengalih keluar kandungan berkenaan,
01:35menyahdayakan atau mengehadkan akses kepada hantaran yang dipertikaikan
01:39dan saluran YouTube Wan Mohamad Azri dalam tempoh munasabah selepas dimaklumkan mengenainya.
01:44MCMC mendakwa defendant pada setiap masa yang material
01:48mengetahui tindakan berterusan Wan Mohamad Azri
01:51menyebarkan kandungan memudaratkan di YouTube
01:54namun gagal, enggan atau cuai mengambil langkah sewajarnya
01:58untuk memadamkan kandungan berkenaan.
02:00Plaintif pula mendakwa kegagalan dan keengganan Google
02:04mematuhi notis berkenaan
02:05menyebabkan kandungan yang dipertikaikan terus disebarkan semula
02:09sekaligus menjejaskan persepsi dan kredibiliti pemimpin negara
02:13selain menghakis keyakinan awam.
02:16Menurut MCMC, kandungan berkenaan adalah palsu,
02:19mengelirukan dan tidak berasas
02:21berhubung tokoh awam, institusi kerajaan,
02:24pihak berkuasa dan kepentingan awam.
02:27Susulan itu, MCMC mendakwa pihaknya telah mengalami kerugian,
02:30kerosakan atau kemudaratan berikutan kegagalan Google
02:33memadamkan kandungan yang diterbitkan
02:36dan diterbitkan semula oleh Wan Muhammad Azri di YouTube.