• 5 minutes ago
Menurut Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ancaman siber kini semakin kompleks dan memerlukan kesiapsiagaan serta peningkatan keupayaan negara untuk menanganinya secara berkesan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Serangan saiber berupaya menjejaskan keselamatan negara apabila ia menyasarkan institusi kritikal yang menjadi nadi kepada negara.
00:08Menteri Dalam Negeri Dato' Sri Saifuddin Ismail berkata, ancaman saiber kini semakin kompleks dan memerlukan kesiapsiagaan serta peningkatan keupayaan negara
00:18untuk menangani secara berkesan.
00:23Menurut Saifuddin, serangan terhadap sistem percukaian, maklumat pasukan polis dan sistem pilihan raya di beberapa negara membuktikan ancaman berkenaan tidak
00:33lagi boleh dipandang ringan.
00:35Dia menyerang nadi, saraf kepada ilmu keselamatan. Bayangkan kalau maklumat tentang keselamatan negara ataupun data penduduk, kalau dia serang election
00:46commission itu satu bab yang berlaku dia, ataupun data pasukan polis ataupun sistem percukaian negara. Itu kan serangan terhadap institusi.
00:54Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Rasmi Asia International Security Summit and Expo 2027 atau IZ27 di Kuala Lumpur
01:06pada Selasa.
01:07Penganjuran IZ27 dilihat sebagai platform perkongsian ilmu, teknologi dan kepakaran dalam menghadapi ancaman keselamatan masa depan.
01:16IZ27 yang dihostkan kementerian dalam negeri dengan Alpine sebagai peneraju urus kendali akan berlangsung selama 3 hari pada Januari tahun
01:26depan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia atau MITEC.

Recommended