00:00Sebuah syarikat pembekalan penyembelihan ayam, dua pengarah, seorang pengurus dan seorang pekerjanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Sya'alam
00:08pada selasa atas pertuduhan membekalkan 6,555 kg ayam dengan memperdayakan pengguna bahawa produk berkenaan halal selain bersubahat dalam kesalahan
00:20itu bulan lalu.
00:21Syarikat Ayam Segar BMN Sendirian Berhad selaku Orang Kenesaman, OKS, membuat pengakuan itu menerusi wakilnya selepas pertuduhan dibacakan.
00:31Turut mengaku tidak bersalah ialah empat OKS iaitu pengarah syarikat Zafirah Karim, 36 tahun, seorang lagi pengarah warga Bangladesh Tanjena
00:40Akhtam Mullah, 35 tahun, pengurus warga Bangladesh Hossein Sadam, 34 tahun dan pekerja warga tempatan Abdul Rahim Arif Ali, 34
00:50tahun.
00:51Mengikut pertuduhan, Zafirah yang juga warga tempatan Tanjena Akhtar dan Hossein atas jawatan masing-masing didakwa membekalkan 6,555 kg
01:01ayam yang disembelih dan diproses dengan representasi yang boleh memperdayakan mana-mana orang bahawa makanan berkenaan halal atau boleh dimakan
01:10oleh orang Islam.
01:12Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Kampung Sri Aman Hilir, Puchong, jam 12.45 tengah malam pada 30
01:19Oktober.
01:20Pertuduhan terhadap syarikat dikemukakan mengikut Sub-Perenggan 4-1 Perihal Dagangan Takrif Halal 2011 yang boleh dihukum di bawah Sub
01:29-Perenggan 5-A Perintah Sama.
01:31Sementara itu, pengarah dan pengurus terbabit didakwa mengikut Seksyen 65 Akta Perihal Dagangan 2011 yang disifatkan mereka melakukan kesalahan di
01:41bawah Sub-Perenggan 4-1 Perintah Sama.
01:44Bagi satu pertuduhan dihadapi Abdul Rahim, pekerja itu didakwa bersubahat dengan syarikat terbabit untuk membekalkan ribuan ayam yang sudah disembelih
01:53dan diproses dengan representasi yang boleh memperdayakan orang ramai bahawa makanan berkenaan halal atau boleh dimakan oleh orang Islam.
02:00Makamah membenarkan dua OKS warga Malaysia iaitu Zafirah dan Abdul Rahim diikat jamin RM35,000 dengan dua penjamin.
02:09Bagaimanapun, Makamah tidak membenarkan jaminan terhadap dua lagi OKS warga Bangladesh, Tanjena Akhtar dan Hosein.
02:17Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Januari 2027 bagi penyerahan dokumen.