• 5 minutes ago
Speaker Parlimen Iran Mohammad Baqer Qalibaf menegaskan Tehran tidak akan berunding dengan Amerika Syarikat selagi tujuh syarat negara itu tidak dipenuhi. Iran turut memperketat kawalan di Selat Hormuz.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Iran menegaskan tidak akan mengadakan sebarang rundingan dengan Amerika Syarikat selagi tujuh syarat yang ditetapkan Teheran belum dipenuhi.
00:07Speaker Parlimen Iran, Muhammad Baqir Khalibaf berkata, tekanan ekonomi dan ancaman berterusan daripada Washington tidak akan memaksa negaranya mengubah pentirian.
00:17Dalam perkembangan sama, Panglimen Tentera Iran, Amir Hatami berkata, kawalan ke atas Selat Hormuz akan diperketatkan dari semasa ke semasa
00:26sehingga tuntutan Teheran dipenuhi.
00:29Beliau menyifatkan selat itu sebagai antara aset geopolitik paling penting bagi Iran dan mainkan peranan utama dalam strategi pertahanan negara.
00:38Media Iran melaporkan antara tuntutan utama Teheran ialah penarikan sekatan ekonomi, penamatan sekatan maritim Amerika Syarikat dan pembebasan aset Iran
00:47yang dirampas.
00:48Sementara itu, Tentera Laut Iran mendakwa dua kapal tangki minyak terbakar selepas terkena periuk api laut di timur Selat Hormuz.
00:56Menurut Tentera Laut, kapal-kapal tersebut telah masuki kawasan larangan selepas mematikan sistem pengenalan dan navigasi.
01:04Iran turut memberi amaran bahawa laluan strategi itu tidak akan dibuka sepenuhnya sehingga objektif dan tuntutan negara itu dipenuhi.
01:12Terima kasih.

Recommended