00:00Saya merujuk maksud bekalan 47 Kementerian Komunikasi iaitu Butiran 04.0000 program khusus iaitu Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
00:18Pertama saya mengucapkan taniah kepada YB Menteri dan Timbalan serta seluruh kakitangan pegawai di Kementerian Komunikasi kerana telah berjaya dalam
00:35beberapa tahun ini mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan.
00:40Hanya untuk mengetahui misalnya anggaran tahun 2026 dan 2027 iaitu kod 2000 berkenaan perkhidmatan dan bekalan.
00:59Boleh tengahkan apa maksud perbelanjaan itu sampai 15 juta itu.
01:04Begitu juga bagi kod 40.000.000 iaitu pemberian kenaan dan bayarannya sampai 10 juta itu.
01:21Tidak ada komplain hanya nak tahu berbelanja untuk apa.
01:28Isu yang lain ialah saya mencadangkan untuk Sambutan Hari Kemerdekaan tahun-tahun yang akan datang.
01:42Jemputlah secara rasmi bekas-bekas mantan-mantan Perdana Menteri yang lalu.
01:52Perdana Menteri yang ke-6, ke-7 yang masih hiduplah.
01:59Perdana Menteri ke-8, ke-9 dan ke-10.
02:02Kalau ada Perdana Menteri dalam tahanan rumah pun tak ada masalah.
02:07Jemput sekali.
02:08Minta kebenaran KDN untuk hadir.
02:15Sebab kalau kita tengok di Amerika Syarikat, bila ada sebagai contohnya,
02:21bukan semuanya bagus di Amerika itu, tapi saya tengok ada tradisi di sana.
02:26Kalau ada majlis negara, dia jemput presiden-presiden yang lama itu.
02:30Rasanya tidak manis lah kalau bekas Perdana Menteri datang ke Hari Merdeka di Putrajaya,
02:43datang seorang diri.
02:47Jadi membazir saja, kerajaan membelanja 25 juta jika tidak diurus dengan baik.
02:59Mungkin bukan kesalahan pihak penghanjung, pihak kerajaan.
03:02Tetapi perkara ini tentu boleh diselesaikan dengan baik.