00:00Mahkamah Magistrat Sungai Petani pada Khamis memerintahkan seorang penghuni pusat jagaan yang didakwa membunuh rakannya mendapatkan rawatan psikiatri sebelum perbicaraan
00:10dimulakan.
00:11Magistrat Nur Fazlina Musa membenarkan tertuduh Ridwan Mat, 51 tahun, mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta seperti mana dimohon
00:21timbalan pendakwa raya Adlin Sufya Kamaruzaman.
00:24Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muhammad Zulkifli Zainuddin, 42 tahun, semasa berada di pusat jagaan terbabit di Taman Kempas pada
00:35jam lebih kurang 5 suku hingga 5.30 petang 9 November lalu.
00:39Akibat perbuatan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
00:47Mahkamah kemudian memutuskan tidak membenarkan jaminan ke atas tertuduh. Sebutan semula kes ditetapkan 1 Februari 2027 bagi mendapatkan laporan perubatan,
00:58pedas siasat, kimia dan forensik.
01:00Sebelum ini, media melaporkan seorang penghuni pusat jagaan dikatakan menghidap skizofrenia ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh semasa berada di premis
01:10berkenaan.