Lelaki menyamar ADC Raja Muda Selangor didakwa lagi menipu

Lelaki yang sebelum ini disyaki menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit (ADC) Raja Muda Selangor, dihukum penjara 12 bulan dan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis atas dua pertuduhan menipu dengan menawarkan rumah di tanah rizab Sultan Selangor dan Rumah Selangorku, dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Majistret, Norsalihah Sulaiman menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Al Zulfadly Alias, 40, selepas dia membuat pengakuan bersalah atas partuduhan dibacakan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805277/berita/semasa/lelaki-menyamar-adc-raja-muda-selangor-didakwa-lagi-kerana-menipu

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #beritasemasa #mahkamah #kespenipuan #menyamaradcrajamudaselangor

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lelaki yang disiasat berhubung kes menyamar sebagai pengawal peribadi sulit ADC Raja Muda Selangor dihukum penjara 12 bulan serta satu
00:10sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Magistret Seremban pada Khamis atas dua pertuduhan menipu dengan menawarkan rumah di Tanah Rizab
00:20Sultan Selangor dan Rumah Selangorku dua tahun lalu.
00:23Magistret Norsaleha Sulaiman menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Al-Zul Sadli alias 40 tahun selepas dia membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan
00:34dibacakan.
00:36Beliau mengarahkan hukuman tersebut bermula daripada tarikh sabitan.
00:39Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh telah didapati menipu seorang lelaki berusia 26 tahun dengan menawarkan sebuah kereta Honda City milik kerajaan
00:50dan sebuah rumah di bawah Rizab Tanah Sultan Selangor untuk dibeli.
00:54Perbuatan berkenaan mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM22,300 yang dimasukkan ke dalam akaun tertuduh.
01:03Kesalahan itu dilakukan pada 6 Julai 2024 hingga 22 Mac 2025 di Bandar Enstek, Nilai.
01:11Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh telah didapati menipu seorang lelaki berusia 25 tahun dengan memperdayakannya membuat pembayaran sebanyak RM5,000
01:21untuk pembayaran deposit rumah Selangorku yang tidak wujud yang mana mangsa telah menyerahkan wang tersebut.
01:29Kesalahan terbabit telah dilakukan antara 8 Oktober 2024 hingga 9 Oktober 2024 di sebuah kilang di Sendayan Tech Valley, Seremban.
01:40Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Recommended