Faktor kecurian kabel merupakan antara punca utama menyebabkan 450 lampu jalan tidak berfungsi daripada keseluruhan 1,518 di laluan Persekutuan FT29 serta FT30 yang menghubungkan akses keluar masuk ke Putrajaya.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, isu kecurian kabel memerlukan tindakan penguatkuasaan lebih tegas bagi memastikan kemudahan awam itu tidak terjejas.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805790/berita/nasional/kecurian-kabel-masalah-besar-450-lampu-jalan-di-laluan-putrajaya-rosak---ahmad-maslan

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #curiKabel

Category

🗞
News
Transcript
00:00Aliam Berhormat, ini angka yang ada di tangan saya lah.
00:06Jumlah lampu biasa FT29 adalah 812 unit.
00:12Jumlah feeder pillar iaitu box yang ada untuk kabel dan semua itu 27 unit.
00:18Jumlah lampu solar di FT29 291 unit.
00:22dan jumlah tidak berfungsi kedua-dua 812 campur 291 itu 270 unit.
00:30FT30 lampu biasa 706 unit.
00:35Feeder filler 17 unit.
00:37Tidak berfungsi 450 unit atas tiga sebab.
00:41Pertama, kerosakkan kerana jangka hayat.
00:45Lampu lama, jangka hayat maka rosak.
00:50Yang kedua, kena langgar Tansri.
00:52kena langgar, kena langgar rosak.
00:54Dan yang ketiga, betul curi kabel.
00:57Ia masalah besar.
00:58450 daripada 720 apabila tidak berfungsi itu kebanyakannya kerana kecurian kabel.
01:05Daripada 1518, 450 tak berfungsi itu kena curi kabel.
01:11Jadi curi kabel ini penguatkuasaan.
01:13Penguatkuasaan bukan bawah kami lah.
01:15Penguatkuasaan polis, KPKT.
01:18Kedai besi buruk Tansri.
01:20Mereka membeli.
01:20Kalau mereka tak beli, tak adalah orang yang nak jual dan curi kabel.
01:25Jadi dua-dua perkara ini, pencuri kabel dan pembeli kabel yang dicuri itu perlu diambil tindakan dan penguatkuasaan perlu diadakan.

Recommended