Aksi 'wheelie' ekstrem: 3 remaja bakal jadi individu pertama didakwa di Kelantan

Tiga remaja lelaki berusia 14 tahun yang dikesan melakukan aksi 'wheelie' dan perlumbaan motosikal secara ekstrem di kawasan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, bakal berdepan pendakwaan di mahkamah mengikut Seksyen 42A Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987), lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Ketiga-tiga mereka merupakan individu pertama di Kelantan yang akan dituduh di bawah seksyen tersebut selepas dikenal pasti sebagai penunggang paling agresif berdasarkan rakaman risikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri ketika Operasi Khas Motosikal yang diadakan dari jam 5 hingga 7 petang pada Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805380/berita/semasa/aksi-wheelie-ekstrem-3-remaja-bakal-jadi-individu-pertama-didakwa-di-kelantan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #aksiwheelieekstrem #jpj #operasikhas

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tiga remaja lelaki berusia 14 tahun yang dikesan melakukan aksi wheelie dan perlombaan motosikal secara ekstrim di kawasan pada tembak
00:08pengkala cepat di Kota Baru
00:10bakal berdepan pendawaan di Mahkamah mengikut Seksyen 42A Akta Pengangkutan Jalan 1987.
00:18Ketiga-tiga mereka merupakan individu pertama di Kelantan yang akan dituduh di bawah Seksyen tersebut selepas dikenal pasti
00:24paling agresif beraksi berdasarkan rakaman risikan jawatan pengangkutan jalan JPJ Negeri ketika operasi has motosikal
00:32yang diadakan bermula jam 5 hingga 7 petang pada Khamis.
00:37Pengarah JPJ Kelantan, Muhammad Miswadi Abdullah berkata, tindakan terhadap tiga individu terbabit merupakan pendekatan baru
00:44penguatkuasaan susulan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang berkuatkuasa pada 16 Oktober lalu.
00:52Menurut beliau, Seksyen 42A diperkenalkan khusus bagi menangani perbuatan berlumba dan menduga kelajuan
00:58menggunakan motosikal tanpa perlu menunggu sehingga berlaku kemalangan, kecederaan atau kehilangan nyawa.
01:05Pihaknya telah mengenal pasti tiga individu tersebut kerana aksi mereka paling ekstrim dan agresif termasuk melakukan wheelie.
01:13Berdasarkan rakaman risikan, mereka menepati ciri-ciri untuk dikenakan tindakan di bawah Seksyen berkenaan
01:19dan bukti rakaman itu juga akan digunakan di mahkamah.
01:23Ujah beliau, operasi tersebut turut menyaksikan 25 buah motosikal di bawah ke JPJ Negeri untuk pemeriksaan lanjut
01:29serta melibatkan 40 remaja berusia 12 hingga 18 tahun.
01:34Tambahnya, pemeriksaan dilakukan terhadap 25 motosikal dengan 100 nindakan penguatkuasaan
01:40diambil atas pelbagai kesalahan termasuk ketidakpatan dokumen dan pengubahsuaian teknikal.
01:47Kalau ikutkan, dah dua kali dah kita buat.
01:53Kalau ikut dua tahun berturut-turut dah kita buat.
01:57Masih lagi ada.
01:59Dia ingat kita slow, tak pergi sangat.
02:01Kita pun dengar pelbagai operasi yang terbaru yang van sekolah bawah ini.
02:07Jadi dia ingat kita leka lah.
02:10Risikan kita sentiasa ada di mana-mana dan
02:14paling saya suka sekali adalah saluran maklumat oleh pihak orang awam lah.
02:19Sentiasa saluran kat kita.
02:22Dekat-dekat ujung minggu.
02:24Hari Rabu dah start sikit, hari Khamis.
02:27Paling meriah malam esok lah kalau ikut kan jadual dia tu.
02:31Tapi malam ni dia ikut nak test dulu ke macam mana ke.
02:35Ikut perasmian dia malam Jumaat saya tak tahulah.
02:38Tapi setiap minggu.

Recommended