Seorang pengetua maahad tahfiz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Khamis atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi bayaran makanan bermasak bernilai RM16,894, dua tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Kadir Husin, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805278/berita/semasa/pengetua-maahad-tahfiz-tidak-mengaku-kemuka-tuntutan-palsu-rm16894

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #SinarTerkini #Mahkamah #tuntutanpalsu

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pengetua, Ma'ahat Tafiz, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Air Keruh pada Khamis atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu
00:09bagi bayaran makanan bermasak bernilai RM16,894 dua tahun lalu.
00:17Tertuduh Abdul Qadir Husin, 46 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhammad Kamil Nizam.
00:26Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan pengetua beroperasi di Pulau Besar itu didakwa menggunakan dengan niat memperdaya Jabatan Agama Islam Melaka,
00:37JAIM, satu dokumen iaitu Borang Permohonan Pembelian Barang atau Perkhidmatan JAIM berkaitan tuntutan bayaran membekalkan makanan bermasak untuk 20 pelajar
00:47bagi Februari 2024 berjumlah RM16,894.
00:53Perbuatan itu didakwa dilakukan di JAIM, Bukit Palah pada 29 Februari 2024 sedangkan jumlah hari pembekalan makanan bermasak yang layak
01:04dituntut bagi 20 pelajar berkenaan hanya 9 hari.
01:09Justeru tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24, kurungan 2 Akta Sama.
01:19Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang 5 kali ganda nilai butiran palsu atau
01:28RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
01:32Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh di ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sebulun
01:42sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
01:45Kes disebut semula 7 Januari depan.
Comments

Recommended