00:00NVIDIA mengumumkan pelantikan semula Jensen Huang sebagai ketua pegawai eksekutif berkuatkuasa serta-merta pada Isnin, mendorong saham syarikat itu melonjak
00:10lebih 25% dalam dagangan prapasaran.
00:13Langkah tersebut menandakan perubahan ketara daripada keputusan lembaga pengarah beberapa hari sebelumnya yang menolak kemungkinan kepulangan beliau.
00:23Huang membina NVIDIA daripada pereka chip permainan video menjadi pembekal utama pemproses kecerdasan buatan atau AI serta mengemudi hala tujuh
00:33chip, urusan pelanggan dan hubungan di Washington.
00:36Beliau meletak jawatan pada 12 November lalu susulan pendedahan hubungan sulit luar nikah termasuk dengan seorang ahli perniagaan wanita yang
00:45disyaki pihak berkuasa Amerika Syarikat melakukan penggodaman atau risikan bagi pihak China, tuduhan yang dinafikan Beijing.
00:52Lembaga pengarah menyatakan mereka berpuas hati dengan kejujuran serta keupayaan kepimpinan Huang dan selepas menerima pandangan daripada pegawai kanan kerajaan
01:01Amerika Syarikat melihat tiada risiko keselamatan negara atas kepelangan beliau.
01:06Perkembangan itu memulihkan keyakinan pasaran terhadap keupayaan operasi NVIDIA selepas ketidaktentuan kepimpinan mencetuskan perhatian pelabur global.