00:00Wabak Ebola yang melanda Republik Demokratik Kongo semakin membimbangkan apabila jumlah kematian akibat penyakit itu kini berlebihi 5,600 orang.
00:10Menurut data pihak berkuasa kesihatan negara itu, sebanyak 11,613 kes Ebola disahkan telah direkodkan dengan 5,678 kematian.
00:22Angka itu menjadikan kadar kematian akibat wabak berkenaan mencecah 48.9% daripada keseluruhan kes yang dilaporkan.
00:32Data sama turut menunjukkan seramai 3,148 pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan.
00:41Sementara itu, 1,743 individu masih menjalani rawatan atau dikuarantin bagi mengawal penularan wabak berkenaan.
00:51Kadar pengesanan kontak rapat pula mencatat 82.6% sebagai sebahagian daripada usaha pihak berkuasa memendung penularan virus itu.
01:01Wabak yang diisytiharkan pada 15 Mei lalu berpunca daripada virus Ebola kini menjadi wabak paling tinggi mengakibatkan kematian selain kedua
01:10terbesar di dunia selepas wabak Ebola di Afrika Barat pada 2014 hingga 2016.