• 5 minutes ago
Seramai 24,936 banduan dibebaskan menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen bagi mengurangkan kesesakan penjara yang kini menempatkan kira-kira 93,000 penghuni.
Transcript
00:00Seramai 24,936 banduan dibebaskan menerusi program pelepasan banduan secara lesen atau PBSL bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini
00:10dalam usaha mengurangkan kesesakan penjara di seluruh negara.
00:13Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, program itu menjadi antara langkah penting yang dilaksanakan Jabatan Penjara Malaysia
00:20bagi menangani isu kesesakan di institusi penjara.
00:27Katanya Jabatan Penjara Malaysia ketika ini menguruskan 41 institusi penjara dengan jumlah penghuni mencecah kira-kira 93,000 orang berbanding
00:36kapasiti sebenar sekitar 75,000 penghuni.
00:39Selain PBSL, Jabatan Penjara Malaysia telah melaksanakan program perol dan orang di selia industri bagi membantu proses pemulihan banduan serta
00:48mengurangkan tekanan terhadap kapasiti penjara.
00:50Jelasnya sehingga Oktober, seramai 3,899 individu telah ditempatkan di buah program perol.
00:57Saifuddin berkata program orang di selia industri membolehkan banduan yang layak ditempatkan di pelbagai sektor pekerjaan termasuk pusat cucian kenderaan,
01:06kilang pemasangan motosikal dan sektor perladangan.
01:09Beliau menjelaskan majikan yang menyertai program itu telah menawarkan gaji melebihi kadar minimum sekaligus memberikan peluang kepada peserta menjana pendapatan
01:17dan menyesuaikan diri dengan masyarakat sebelum dibebaskan sepenuhnya.
01:22Inisiatif itu juga membantu mengurangkan risiko bekas banduan mengulangi kesalahan selepas menamatkan hukuman.
01:28Terima kasih telah menonton!

Recommended