• 3 minutes ago
Pasukan tentera Mexico menahan Fausto Isidro Meza Flores, yang dikenali sebagai 'El Chapo Isidro', antara 10 individu paling dikehendaki Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), dalam operasi di negeri Sinaloa pada malam Jumaat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pasukan tentera Meksiko menahan Fausto Isidro Meza Flores yang dikenali sebagai El Chapo Isidro
00:06antara 10 individu paling dikehendaki Biro Penyiasatan Persekutuan FBI dalam operasi di negeri Sinola
00:13ataupun negeri Sinaloa pada Jumat malam.
00:16Ketua Keselamatan Meksiko pada Sabtu berkata operasi itu turut membawa kepada penahanan
00:20dua lagi pemimpin organisasi pengendaran dadah berkenaan.
00:27Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, Meza Flores bersama organisasi jenayahnya
00:31dipercaya menyelidup sejumlah besar heroin, metafitamin, kokain dan ganja ke Amerika Syarikat selama lebih 20 tahun.
00:39Beliau dianggap antara pemimpin kartel Beltran Livia yang sebelum ini menjadi pesaing kepada kartel Sinaloa.
00:45Selepas pengasas kartel Sinaloa, Ismail Elmayo Zambada ditahan peperkuasa Amerika Syarikat pada 2024,
00:51perebutan kuasa tercetus antara dua puak dalam kartel itu iaitu Los Capitos dan Los Mayos.
00:58Pakar Keselamatan berkata kartel Beltran Livia, pimpinan Meza Flores kebelakangan ini menjalinkan pakatan dengan puak Los Mayos.
01:06Penahanan itu merupakan operasi terbaharu dalam seri penangkapan dan pembunuhan individu berprofil tinggi
01:11yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengendaran dadah di Meksiko.
01:14Kerajaan Meksiko kini berdepan tekanan daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
01:19yang sebelum ini mengancam untuk melancarkan tindakan ketenteraan secara unilateral di Meksiko.
01:25Sekiranya kerajaan negara itu tidak mengambil langkah tegas terhadap kartel dadah.
01:29Operasi ketenteraan pada malam Jumaat mencetuskan gelombang keganasan di Sinaloa
01:33termasuk pertempuran pesenjata antara pasukan keselamatan Meksiko
01:36dengan anggota kartel yang mendirikan sekatan jalan raya menggunakan kenderaan terbakar di beberapa kawasan.

Recommended