00:00Kerajaan mempertimbangkan untuk memperluas pelaksanaan 17 syur penambahbaikan kawalan keselamatan di pintu masuk utama negara ke lokasi strategik lain termasuk
00:10pangkalan tentera dan pangkalan gerak udara polis.
00:13Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu turut membabitkan sektor darat, laut dan udara, susulan kes
00:21penyeludupan dadah yang membabitkan kemudahan pengangkutan udara tentera udara di Raja Malaysia TUDM baru-baru ini.
00:31Dan tentunya ini akan saya akan bincang dengan Datuk KSU saya dan pengarah narkotik dan CIG juga tentang apakah 17
00:39inisiatif kita yang sekarang ini hanya di pintu masuk utama harus juga meliputi kawasan lokasi strategik yang lain.
00:47Kita ada pengkalan gerak udara polis, tentera ada pengkalan TUDM dan sekalian macam. Bukan sahaja darat, laut bahkan udara, kita
00:56akan tengok semua sekali mengenai langkah yang patut kerajaan ambil.
01:02Mengulas lanjut mengenai sindiket pengedaran dadah yang dipercayai menggunakan kemudahan pengangkutan udara tentera udara di Raja Malaysia TUDM untuk menyeludup
01:11dadah ke Sabah sebelum diedarkan ke pasaran antarabangsa.
01:14Saifuddin Nasution berkata risikkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah dikongsi dengan pihak TUDM lebih awal.
01:22Beliau berkata perkongsian maklumat itu dibuat kerana lokasi berkenaan berada di bawah seliaan TUDM dan agensi penguatkuasaan tidak boleh menyimpan
01:31maklumat risikan berkaitan lokasi strategik yang dikawal agensi lain.
01:36Dalam operasi di sekitar Lembah Kelang dan Labuan pada 17 November lalu, 11 individu termasuk 5 pegawai TUDM ditahan dan
01:4596.64 kg dadah disyaki Syabu bernilai 4.83 juta ringgit serta 6.98 kg cecair bahan kimia dirampas.
02:01Terima kasih kerana menonton!
02:05Terima kasih kerana menonton!