• 12 minutes ago
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia mengeluarkan ramalan awal banjir melibatkan beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu bagi tempoh 24 hingga 27 November.
Transcript
00:00Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia mengeluarkan ramalan awal banjir melibatkan beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu yang dijangka berisiko di
00:08landa banjir bermula 24 hingga 27 November ini.
00:12Menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, ramalan itu dibuat berdasarkan analisis data hidrologi model
00:20ramalan banjir terhadap kawasan hotspot, kawasan rendah dan lokasi berisiko.
00:27Di Kelantan, ramalan melibatkan jajahan jeli, pasi emas, tanah merah dan tumpat yang merangkumi kawasan di lembangan Sungai Golok.
00:35Antara kawasan yang diberi perhatian termasuk Sungai Golok, Sungai Buloh, Sungai Lanas, Sungai Legih, Sungai Satan, Sungai Meranti, Sungai Ketodok
00:44dan Sungai Jego.
00:46Bagi Terengganu pula, ramalan awal banjir melibatkan empat daerah iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
00:54Kawasan yang berisiko termasuk lembangan Sungai Terengganu, Sungai Marang, Sungai Ibai, Sungai Merecang, Sungai Dungun, Sungai Paka, Sungai Surah, Sungai
01:03Abang, Sungai Kemaman, Sungai Cerul, Sungai Kemasik, Sungai Kertih dan Sungai Kijal.
01:10Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menasihatkan penduduk di kawasan terlibat agar berwaspada dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa serta agensi
01:18pengurusan bencana.
01:19Agensi itu turut menjelaskan bahawa kejadian banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tarikh yang diramalkan bergantung kepada keadaan
01:28semasa.

Recommended