• 15 minutes ago
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau juga tidak akan sekali-kali melanggar peruntukan yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

Category

🗞
News
Transcript
00:06Dan kita teruskan dengan laporan ini, Barisan Nasional BN menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan,
00:14Tuanku Munawir, berkaitan dengan isu melibatkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim.
00:20Pengurusnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berkata, beliau juga tidak akan sekali-kali melanggar peruntukkan yang
00:29termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, UUTKNS 1959.
00:34Beliau berkata, BN serta UMNO juga tidak akan mencampuri urusan membabitkan adat di negeri berkenaan, termasuk hal berkaitan dengan Dewan
00:43Keadilan dan Undang DKU, sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada pihak yang berkenaan untuk diselesaikan.
00:51Ahmad Zahid berkata, keutamaan ketika ini adalah untuk memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan berjalan lancar, terutamanya menjelang persidangan Dewan Undangan
01:01Negeri Dun untuk membentangkan Belanjawan Negeri bagi 2027.
01:05Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Agong keempat, Perwakilan Pusat MCA Penggal ke-30 di Ibu Negara.

Recommended