• 2 minutes ago
Generasi muda diingatkan supaya tidak menjadi seperti 'kaduk naik junjung' apabila diberikan peluang, ruang dan kebebasan sehingga melupakan akar tempat berpaut, titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Transcript
00:00Generasi muda diingatkan supaya tidak menjadi seperti kaduk naik junjong apabila diberikan peluang, ruang dan kebebasan sehingga melupakan akar tempat
00:10perpaut.
00:11Titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bilashah.
00:16Baginda bertitah, generasi hari ini perlu menghargai keamanan, kemerdekaan dan kestabilan negara yang terbina hasil perjuangan, kebijaksanaan serta permuafakatan generasi
00:28terdahulu.
00:30Janganlah menjadi seperti kaduk naik junjong apabila diberi peluang, apabila diberi ruang dan kebebasan semakin tinggi menjulang, semakin lupa akan
00:44akar tempat berpaut.
00:46Janganlah setelah menikmati segala nikmat keamanan dan kemakmuran negara, kita menjadi terlalu angkuh sehingga sewenang-wenangnya memperlekehkan warisan sendiri.
01:01Mempertikaikan institusi dan meremehkan asas kenegaraan yang selama ini memayungi kehidupan kita.
01:10Sesungguhnya, kebebasan bukanlah lesen untuk bertindak sesuka hati.
01:16Keberanian bukan alasan untuk berlaku biadab.
01:20Baginda bertitah demikian ketika berkenan mengurniakan ijazah kehormat doktor pengurusan pada Majlis Konvokasi Universiti Kuala Lumpur ke-23 sesi pertama
01:30pada Sabtu.
01:31Al-Sultan Abdullah turut menegaskan bahawa kebijaksanaan tidak boleh diukur melalui kelantangan seseorang melawan arus atau mempertikaikan sesuatu tanpa berlandaskan
01:42fakta.
01:43Baginda turut menitahkan mahasiswa supaya tidak hanya mengejar kecemerlangan akademik, sebaliknya memahami nilai kedaulatan, menghargai institusi negara serta memelihara perpaduan
01:54masyarakat.

Recommended