• 9 minutes ago
Selepas menanti selama 13 tahun dengan kos pembangunan dianggarkan mencecah AS$1 bilion (RM4.2 bilion) atau lebih, permainan video paling dinanti-nantikan dalam sejarah, Grand Theft Auto VI (GTA VI), akhirnya dilancarkan di seluruh dunia pada Khamis.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selepas menanti selama 13 tahun dengan kos pembangunan dianggarkan mencecah $1 bilion Amerika atau lebih,
00:08permainan video paling dinantikan dalam sejarah Grand Theft Auto V GTA VI akhirnya dilancarkan di seluruh dunia pada Kamis.
00:17Pelancaran permainan terbitan Rockstar Games itu disambut dengan ulasan awal yang amat memberangsangkan
00:23sekaligus melonjarkan kedudukannya ke tangga teratas carta permainan video sepanjang zaman Metacritic dengan skor 99 mata.
00:35Pencapaian itu menyamai rekod The Legend of Zelda Ocarina of Time, permainan klasik keluaran Nintendo pada 1998 yang turut mencatatkan
00:44skor sama.
00:45Pelancaran bermula sejurus tengah malam di New Zealand sebelum merebak mengikut zon waktu dari Tokyo hingga Miami
00:52dengan pelbagai acara sambutan, siaran langsung dan hantaran di media sosial oleh peminat di seluruh dunia.
00:58Malah beberapa syarikat dilaporkan memberikan cuti kepada pekerja masing-masing bagi membolehkan mereka menikmati permainan terbaru
01:05dalam franchise yang mula diperkenalkan pada 1997 itu.
01:10Miami, bandar yang menjadi inspirasi kepada latar fiksyen Vice City dalam GTA 6,
01:15terus mengadakan sambutan khas melalui pelawanan pasukan bola keranjang NBA Miami Heat menentang Milwaukee Bars.
01:21GTA 6 dijangka menjadi pendapatan berbilion dolar kepada syarikat pembangunan Take-Two Interactive
01:27dengan firma analitik Sensor Tower menganggarkan lebih 17 juta salinan sudah terjual
01:33membabitkan nilai melebihi 1.65 bilion dolar mereka.
01:37Berbeza dengan siri terdahulu, GTA 6 memperkenalkan dua watak utama,
01:42Lucia Caminos dan Jason Duvall yang mempunyai hubungan sebagai pasangan jenayah selain terlibat dalam hubungan romantik.
01:48Permainan itu berlatar belakangkan Vice City, bandar fiksyen yang diinspirasikan dari Miami
01:53dalam negeri Leonida yang mengambil ilham daripada Florida.
01:57Pemain boleh meneroka pelbagai aktiviti termasuk mengunjungi kelab malam, kedai senjata,
02:02menyelam skuba dan zoo selain melaksanakan pelbagai misi sepanjang permainan.
02:07Meskipun pemain memerlukan kira-kira 50 jam untuk menamatkan jalan cerita utama,
02:12ulasan awal daripada pengkritik industri permainan video sudah menunjukkan penerimaan yang amat positif.
02:17Laman hiburan game Serada Plus memuji Rockstar Games kerana berjaya membangunkan dunia permainan
02:23dengan skala, keluasan dan kualiti yang mengagumkan.
02:27PC Games pula menyifatkan pelancaran itu sebagai sesuatu yang bakal terus diperkatakan
02:31untuk beberapa tahun akan datang selain berbaloi dengan penantian selama 13 tahun.
02:36Terima kasih kerana menonton!
02:40Terima kasih kerana menonton!

Recommended