• 5 minutes ago
Pembinaan integriti memerlukan keseimbangan antara pembentukan nilai dan prinsip individu dengan pengukuhan sistem serta keazaman politik bagi memastikan amalan tadbir urus yang baik dapat dipertahankan.

Prof Sosiologi Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Univeristi Sains Malaysia, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata individu yang tidak berintegriti berupaya merosakkan sistem sedia ada, manakala sistem yang lemah pula boleh melahirkan individu yang tidak berintegriti.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bagaimana sistem yang wujud itu sebenarnya membolehkan kita bergerak ke hadapan, kita ada pelbagai perancangan, dasar, pelan tindakannya, sejauh mana.
00:08Itu memberikan kita mengurangkan tingkah laku ataupun salah laku yang berlaku dan juga bagaimana kita mahu mengatasi kepincangan kata sistem
00:19tersebut bergantung kepada keazaman nilai kepimpinan,
00:24keazaman politik perlu ada untuk kita menegakkan integriti apa gunanya. Kita ada segala dasar, sistem tetapi tidak ada keazaman politik
00:33untuk memastikan kita dapat memelihara soal keadilan, soal amanah, soal kebertanggungjawaban ke atas negara ini.

Recommended