00:00Pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat Mara kini di peringkat akhir dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum persidangan Parlimen tahun
00:07ini berakhir.
00:09Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata draft akhir rang undang-undang berkenaan diharap dapat dimutamatkan dalam
00:15masa terdekat.
00:20Selepas itu rang undang-undang berwarna biru akan disediakan untuk dibentang dan mendapatkan kelulusan Dewan Rakyat.
00:25Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian selepas Majlis Anugerah Usahawan Mara 2026 Aura di Kuala
00:33Lumpur.
00:34Dalam perkembangan lain, beliau berkata Mara menyasarkan pembiayaan keusahawanan ditingkatkan kepada kira-kira RM1 bilion pada masa hadapan berbanding RM552
00:44juta yang diperuntukkan tahun lepas.
00:47Peningkatan itu bertujuan menggalakkan lebih ramai usahawan menyertai program Gate to Global Anjuran Mara untuk menembusi pasaran antarabangsa.
00:55Mara juga merancang membantu syarikat berpotensi untuk disenaraikan di bursa Malaysia termasuk syarikat yang mempunyai perolehan dan keuntungan yang memenuhi
01:04syarat penyenaraian.
01:05Terima kasih.
01:06Terima kasih.
01:07Terima kasih.
01:07Terima kasih.