• 5 minutes ago
Alexander Nanta Linggi berkata teguran media perlu dilihat sebagai peluang menambah baik perkhidmatan dan meningkatkan keyakinan pengguna lebuh raya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Industri Leboraya diseru agar lebih terbuka menerima teguran dan laporan media bagi membantu meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna.
00:08Menteri Kejeraya, Datuk Seri Alexander Dantalinggi berkata laporan media bukan sahaja membantu orang ramai merancang perjalanan dan membuat keputusan yang
00:16lebih selamat, malah menjadi saluran penting untuk menyampaikan suara pengguna.
00:22Menurutnya aduan teguran dan pengalaman pengguna yang dibawa oleh media perlu dilihat sebagai maklum balas yang membantu industri menambah baik
00:30operasi dan perkhidmatan.
00:32Teguran yang berasaskan fakta tidak wajar dianggap sebagai serangan terhadap industri, sebaliknya perlu dilihat sebagai peluang untuk memperbaiki kelemahan dan
00:40meningkatkan keyakinan masyarakat.
00:42Tambahnya peranan media dalam menyampaikan maklumat dan suara pengguna perlu disusuli dengan tindakan oleh pihak industri bagi memastikan setiap isu
00:50yang dibangkitkan diberi perhatian sewajarnya.
00:54Beliau turut menegaskan bahawa Lembaga Leboraya Malaysia LLM, syarikat konsesi dan agensi berkaitan perlu memperkukuh kerjasama dengan media khususnya dalam
01:03penyampaian maklumat trafik yang jelas, tepat dan mudah difahami.
01:06Kekosongan maklumat tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam galangan pengguna Leboraya.

Recommended