• 8 minutes ago
Kerajaan terbuka mengkaji semula Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 susulan kesalahan berkaitan dadah menyumbang 46.5 peratus daripada keseluruhan banduan sabitan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan terbuka mempertimbangkan cadangan mengkaji semula Seksyen 15-1 Akta Dadah Berbahaya 1952
00:08bagi memperkukuh pendekatan rawatan dan pemulihan penagih dadah.
00:13Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syamsul Anwar Nasarah berkata,
00:17Kerajaan bersedia menilai keberkesanan undang-undang itu berdasarkan data semasa dan pengalaman pelaksanaan.
00:25Angka menggambarkan segala-galanya.
00:28Jadi, Kerajaan mengambil maklum supaya Seksyen 15-1 di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dikaji semula
00:40dan setiasa bersedia untuk menilai keberkesanan undang-undang berdasarkan data dan pengalaman pelaksanaan
00:48dengan mempastikan keselamatan dan kenteraman masyarakat terus terbihara.
00:52Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Keluang Wong Shuki di Dewan Rakyat
00:58yang mencadangkan penagih dadah dialihkan ke pusat pemulihan sejak peringkat tangkapan bagi menangani kesesakan penjara.
01:04Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, seramai 12,255 banduan disabit kesalahan.
01:11Memasukkan dadah ke dalam badan, manakala 31,827 lagi melibatkan kesalahan pemilikan dadah dalam jumlah kecil.
01:19Jumlah kedua-dua kumpulan ini mewakili 46.5% daripada keseluruhan 94,780 banduan sabitan yang berada di penjara ketika
01:29ini.
01:29Syamsul Anwar berkata pindaan Akta 283 yang berkuat kuasa pada 22 Ogos 2025
01:35mengutamakan pendekatan rawatan dan pemulihan berbanding pemenjaraan
01:40namun tidak memansuhkan kesalahan jenayah berkaitan dadah.
01:44Terima kasih kerana menonton!

Recommended