00:00Penduduk Eropah mula menyimpan bekalan makanan dalam tin, mengumpulkan barangan keperluan kecemasan dan mempelajari langkah persediaan menghadapi pelbagai bencana.
00:10Termasuk konflik bersenjata serta bencana alam akibat perubahan iklim.
00:14Kerajaan Britain melancarkan kempen Be Ready pada Oktober bagi menggalakkan isi rumah membuat persediaan menghadapi kecemasan.
00:22Termasuk panduan untuk memastikan mereka mampu bertahan secara kendiri selama 72 jam sekiranya bekalan elektrik, air dan perkhidmatan asas lain
00:32terputus.
00:35Dan Goss, pengasas platform Start Prepping UK yang berpangkalan di Liverpool berkata persediaan itu bukan bertujuan untuk menghadapi keadaan dunia
00:44yang musnah sepenuhnya.
00:45Sebaliknya meningkatkan keupayaan isi rumah menangani gangguan kehidupan harian pada tahap lebih serius.
00:50Katanya perubahan iklim merupakan kebimbangan utamanya dan persediaan berkenaan bertujuan memastikan gangguan yang berlaku tidak menjejaskan kehidupan secara keseluruhan.
01:02Negara-negara Eropah kini menggeser rakyat supaya bersedia menghadapi bencana, serangan saiber dan kemungkinan konflik susulan kebimbangan yang semakin meningkat.
01:10Akibat perubahan iklim serta perang Rusia-Ukraine yang boleh menyebabkan isi rumah terpaksa bertahan selama beberapa hari tanpa bekalan elektrik,
01:19air atau bantuan luar.
01:20Banyak negara kini menasihati penduduk supaya menyediakan bekalan kecemasan sebagai sebahagian daripada usaha lebih menyeluruh untuk memperkukuh daya tahan orang
01:29awam termasuk memastikan radio berkuasa bateri dan bekalan ubat-ubatan sentiasa tersedia.
01:35Walaupun kebanyakan organisasi berkenaan memberi tumpuan kepada bencana alam atau gangguan jangka pendek akibat cuaca ekstrim, penduduk di negara yang
01:45lebih hampir dengan Ukraine menyatakan kebimbangan utama mereka ialah kemungkinan konflik dengan Rusia.
01:51Di kawasan yang lebih hampir dengan konflik Ukraine, langkah persediaan dilaksanakan secara lebih praktikal.
01:57Di tahun itu, berhampiran sempadan Estonia dengan Rusia. Pihak berkuasa bandar itu sedang memasang film khas pada tingkap bangunan bagi
02:05melindunginya daripada kesan letupan dalam lingkungan radius 100 meter.
02:10Estonia turut membina rangkaian kubu pertahanan di sepanjang sempadannya dengan Rusia.
02:15Yang merangkumi parit, kubu perlindungan dan halangan kongkrit berbentuk gigi naga bagi menghalang atau memperlahankan sebarang kemungkinan serangan bersenjata.