00:00Calon peperiksaan kemasukan universiti berprestij di Korea Selatan berkhamis berdepan tekanan baharu apabila perlu memastikan tingkah laku dan penampilan mereka
00:11tidak menimbulkan sebarang syakwasangka berhubung kemungkinan menipu.
00:17Lebih setengah juta calon di seluruh negara menuduki peperiksaan itu yang menjadi penentu utama bagi mendapatkan tempat di universiti terkemuka
00:25Korea Selatan.
00:27Peperiksaan itu mendapat perhatian meluas tahun ini selepas calon yang memperoleh markah tertinggi dalam peperiksaan akaun tencukai kebangsaan mengaku menggunakan
00:36kamera mikro dan peralatan kecerdasan buatan AI untuk menipu.
00:40Sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap sistem pendidikan negara yang berasaskan peperiksaan.
00:46Dalam beberapa hari berikutnya pihak berkuasa segera mengumumkan berbagai langkah bagi memendung penipuan termasuk melarang calon membawa pen dan pemadam
00:56sendiri serta menampal pelekat pada butang pakaian yang berpotensi menyemunyikan kamera mikro.
01:01Di sebuah pusat peperiksaan di pusat bandar Seoul, beberapa calon berkata kes penipuan itu serta peraturan baharu menyebabkan mereka berasa
01:10bimbang selain mengubah cara persiapan menghadapi peperiksaan berkenaan.
01:15Persediaan bagi memastikan calon menduduki peperiksaan dalam keadaan terbaik turut menibatkan ibu bapa dan pihak berkuasa.
01:21Pasaran kewangan memulakan operasi sejam lewat pada Khamis, manakala penerbangan pesawat dan helikopter ditangguhkan selama 35 minit ketika berlangsungnya ujian
01:31mendengar bahasa Inggeris bagi mengelakkan gangguan bunyi.
01:34Polis turut menempatkan kereta peronda di seluruh negara bagi membantu menghantar calon yang lewat ke pusat peperiksaan.