• 6 minutes ago
EWS menggunakan teknologi siaran sel untuk menghantar amaran kecemasan kepada telefon serasi di kawasan tertentu tanpa aplikasi tambahan atau pendaftaran. MCMC menjelaskan ujian pada 19 November ialah ujian teknikal dalaman sebelum pelaksanaan lebih meluas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Orang ramai di Saran mengemaskini sistem operasi telefon masing-masing sebagai persediaan menerima amaran kecemasan menerusi sistem amaran awal EWS
00:09yang dilaksanakan secara berfasa.
00:12Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC berkata sistem itu membolehkan amaran dihantar serentak kepada telefon yang serasi dalam kawasan geografi
00:21yang dikenalpasti.
00:25Menerusi teknologi siaran sel, pengguna tidak perlu memuat turun aplikasi tambahan, mendaftar atau melanggan perkhidmatan khusus untuk menerima amaran.
00:33Sebagai panduan awal, peranti yang menyokong sistem itu ialah iPhone 11 dan model lebih baru dengan iOS 27.2 atau
00:41versi terkini, telefon Android 12 atau versi terkini serta Huawei dengan Emoi 16 atau versi terkini.
00:48Keperluan minimum itu masih tertakluk kepada pengesahan teknikal akhir.
00:52Pengguna juga disaran memasang kemas kini perisian terkini yang tersedia, memulakan semula telefon selepas kemas kini dan memastikan tetapan amaran
01:00kecemasan diaktifkan sekiranya berkenaan.
01:03MCMC mengadakan taklimat bersama ketua-ketua pengarang media pada Khamis termasuk demonstrasi melalui ujian teknikal dalaman dibangunannya di Cyberjaya.
01:12Suruhanjaya itu menjelaskan ujian tersebut bertujuan menilai dan menambah baik sistem sebelum pelaksanaan lebih meluas.
01:18Ujian pada skala lebih besar akan dilaksanakan secara berfasa.
01:22EWS dibangunkan melalui kerjasama MCMC, NADMA, Agensi Teknikal dan penyedia telekomunikasi bagi mempercepat penyampaian amaran kecemasan secara bersasar.
01:32Sistem itu melengkapi saluran amaran sedia ada.
01:36Orang ramai diminta peka terhadap maklumat rasmi dan mematuhi arahan pihak berkuasa apabila menerima amaran kecemasan.

Recommended