00:00Pihak berkuasa tempatan PBT menerima 1,305 aduan berkaitan pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran bagi tempoh 2025 hingga 2026.
00:10Ini termasuk bahampiran hospital dan juga institusi perubatan.
00:14Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT memaklumkan 197 operasi dijalankan melibatkan 432 tindakan penguatkuasaan.
00:27Tindakan itu merangkumi notis amaran, kompaun, arahan berpindah dan perubahan.
00:32Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Kementerian berkata 114 aduan turut diserahkan kepada pejabat tanah dan daerah kerana berada di
00:39bawah bidang kuasanya.
00:40KPKT menegaskan semua pembinaan bangunan memerlukan kebenaran bertulis PBT terlebih dahulu.
00:46Ketetapan itu meliputi semua rumah ibadat termasuk masjid, gereja, tokong dan kuil tanpa pengecualian terhadap mana-mana agama.
00:54Bagi struktur yang dibina tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan, tindakan terletak di bawah bidang kuasa pejabat tanah dan daerah
01:00serta kerajaan negeri.
01:02Sekiranya struktur dibina di tanah persendirian, KPKT mengingatkan pemilik tanah supaya tidak merubuhkannya sendiri bagi mengelakkan ketegangan kaum atau agama.
01:10Sebaliknya pemilik perlu membuat laporan polis, menghantar notis kepada pihak yang membina struktur dan memaklumkan kepada pejabat daerah atau PBT.
01:19Jawatankuasa Keselamatan Daerah akan bertindak sebagai pengantara untuk mencari penyelesaian.
01:24Jawatankuasa Keselamatan Daerah