00:00Sementara itu, Perancis menyatakan kesediaan menjadi rakan kongsi dipercayai Malaysia
00:04dalam pembangunan tenaga nuklear awam untuk menyokong usaha penyah karbonan negara
00:09di samping memutamatkan Plan Hala 7 Baru Industri Pertahanan Dua Hala.
00:14Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berkata komitmen untuk dicapai
00:17susulan pengisytiharan naik taraf hubungan diplomatik Malaysia-Perancis
00:21kepada perkongsian strategik.
00:32Dalam bidang keselamatan dan pertahanan, kedua-dua negara menandatangani
00:36perjanjian perolehan helikopter Airbus Caracal sebagai langkah permulaan
00:40Plan Hala 7 Pertahanan selain perbincangan susulan berkaitan aset kapas selam.
00:45Malaysia dan Perancis turut bersetuju menubuhkan pusat kecemelangan Malaysia-Perancis
00:50bagi menangani ancaman hybrid yang akan melatih pegawai awam
00:53serta anggota tentera kedua-dua negara.
00:55Bagi sektor tenaga, selain tawaran kerjasama nuklear awam dan gas asli
01:00cecair bersama Petronas dan Total Energies, Perancis akan membuka
01:04sekolah pengawal selia di Kuala Lumpur dengan sokongan agensi pembangunan Perancis.
01:09Kerjasama teknologi tinggi turut diperluas menerusi perjanjian kabel dasar laut
01:13bersama Al-Qatar Submarine Networks serta usaha sama semiconductor berprestasi tinggi
01:18antara Sea Pearl dan Skychip.
01:20Menjelang ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik tahun hadapan,
01:24Macron menegaskan Malaysia dan Perancis bersepakat membawa suara jalan tengah
01:28yang bebas daripada tunduk kepada mana-mana kuasa besar dunia.