00:00Anda sedang menonton Bola Tinawani bersama saya, Esad Yahya.
00:03Berpegang kepada prinsip berani kerana benar serta tidak menggadaikan integriti demi kepentingan peribadi, pangkat ataupun imbuhan,
00:12itu titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Moizuddin Shah ketika menyampaikan titah diraja sempena sidang pertama Istiadat Convocation Universiti Malaya ke
00:22-66 di Dewan Tunku Chancellor pada Selasa.
00:25Baginda bertitah, golongan berilmu bakal berdepan berbagai tekanan dan kepentingan yang bertembung apabila memasuki alam pekerjaan, termasuk arahan yang bercanggah
00:36dengan peraturan serta undang-undang.
00:39Sultan Nazrin bertitah, mereka mungkin berhadapan situasi diminta memanipulasi angka, menyembunyikan kelemahan projek atau mendiamkan salah laku dan kecuaian demi
00:50menjaga kepentingan pihak tertentu.
00:53Dalam keadaan demikian, insafilah bahawa keputusan yang kelihatan kecil boleh membawa akibat yang besar.
01:07Satu tanda tangan boleh mengkompromikan keselamatan.
01:13Satu angka yang dipangsukan boleh menjejaskan tasar.
01:21Satu kecuaian yang disembunyikan boleh meragut nyawa manusia.
01:28Baginda turut mengingatkan bahawa nilai seseorang yang berilmu bukan sekadar diukur melalui pencapaian akademik, sebaliknya melalui cara ilmu tersebut digunakan
01:38untuk memberi manfaat kepada masyarakat.
01:40Dalam hari itu, Sultan Nazrin menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga universiti atas kejayaan UM melonjak ke kedudukan ke-56
01:50terbaik dunia dalam QS World University Rankings serta tersenarai dalam kelompok 200 terbaik times higher education.
01:58Seramai 11,842 graduan diraihkan dalam istiadat konvokasi UM ke-66 yang berlangsung pada selasa hingga 26 November ini.
02:10Terima kasih kerana menonton!