Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Isu buli siber bakal menjadi agenda perbincangan kerajaan bersama penyedia platform media sosial di Singapura pada pertengahan Disember ini, susulan beberapa insiden membabitkan mangsa gangguan siber yang berakhir dengan tragedi.
Transcript
00:00Kerajaan akan mempertingkat usaha membanteras buli siber menerusi perbincangan bersama penyedia platform media sosial di Singapura
00:08pertengahan Dizember ini. Sesulahan insiden kematian pasangan suami isteri yang mengendalikan syarikat fotografi Phoenix Pixels.
00:16Menteri Komunikasi Fahmi Fadhil berkata kejadian menyedihkan itu menunjukkan gejala buli siber masih menjadi ancaman serius
00:23sebagaimana kes melibatkan pempengaruh E. Rajaswari atau ISHA.
00:30Saya ingin menyampaikan pesanan bagi pihak KKM juga kita ada talian HEAL 1555
00:40yang mana sekiranya ada sesiapa di kalangan kita yang merasa tertekan akibat daripada buli siber dan sebagainya
00:49dapatkanlah kaunseling, dapatkanlah bantuan daripada pihak yang berautoriti yang boleh membantu
00:58termasuk membuat panggilan ke talian HEAL dan saya harap ahli yang berhormat juga boleh menyampaikan kepada semua dalam komuniti
01:08Jangan tunggu.
01:09Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi memaklumkan sebanyak 13,883 kandungan deepfake diturunkan penyedia
01:17platform digital hasil permohonan suruhan jaya komunikasi dan multimedia Malaysia bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 31 Oktober lalu.
01:27Daripada jumlah itu, 1,178 kandungan membabitkan pemimpin politik manakala 61 kes penyalahgunaan kerja dasar buatan
01:36turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Recommended