Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng mencadangkan reformasi menyeluruh dalam pembangunan bakat negara dengan memperkukuh pendidikan dan latihan TVET, STEM serta penguasaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan masa hadapan.
Transcript
00:00Kerajaan digesa memperkukuh pendidikan dan latihan kemahiran menerusi reformasi menyeluruh bidang TVET, STEM serta teknologi digital dan kecedasan buatan AI
00:09bagi melahirkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri.
00:13Ahli Parlimen Tanjung PI, Datuk Sriwi Jack Singh berkata, langkah itu adalah penting bagi memastikan pembangunan tenaga kerja tempatan adalah
00:22selari dengan perubahan pasaran pekerjaan serta keperluan ekonomi masa hadapan.
00:29Menurut Jack Singh, Malaysia masih berdepan isu ketidaksepadanan kemahiran antara graduan dengan keperluan industri selain keperluan meningkatkan produktiviti tenaga kerja.
00:39Katanya kelemahan penyelarasan dasar serta pendedahan awal pelajar terhadap laluan kerjaya masa hadapan perlu ditangani bagi memastikan institusi pendidikan mampu
00:49memenuhi kehendak industri yang semakin berkembang.
00:52Subungan itu, beliau mencadangkan pendedahan lebih awal dan menyeluruh kepada bidang Tibet, STEM, digital dan AI diperluaskan bagi melahirkan tenaga
01:02kerja tempatan yang berkemahiran serta berdaya saing.
01:05Tambahnya, kegagalan membangunkan bakat tempatan yang kompetitif boleh menyebabkan Malaysia terus bergantung kepada tenaga kerja asing dan bakat luar untuk
01:15mengisi pekerjaan berkemahiran tinggi.
01:17Ia sekaligus menjejaskan produktiviti serta daya saing negara.
01:21Terima kasih kerana menonton!

Recommended