00:00Kerajaan bersetuju menambah baik kemudahan bantuan kepada sukarelawan yang terlibat dalam pengurusan bencana sebagai pengiktirafan terhadap pengorbanan dan komitmen mereka
00:10membantu mangsa yang terjejas.
00:12Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Nancy Syukri berkata pelaksanaan keputusan berkenaan hanya akan bermula tahun hadapan dan tidak
00:20melibatkan tahun ini.
00:21Berikutan peruntukan berkenaan telah ditetapkan dalam belanjawan.
00:25Saya ingin maklumkan bahawa Alhamdulillah kerajaan telah bersetuju dengan cadangan KPWKM serta JKM supaya sukarelawan JKM yang bertugas dan memberikan
00:34bantuan semasa pengurusan bencana diberikan allowance tertaluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.
00:41Tapi ini untuk tahun depan dan bukan tahun ini sebab ini adalah dalam bajet yang telah dimaklumkan.
00:49Keputusan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap pengorbanan masa dan tenaga yang dicerahkan oleh para sukarelawan yang ada masanya terpaksa meninggalkan
01:00urusan pribadi dan keluarga bagi membantu mangsa bencana.
01:04Pemberian allowance ini juga diharap dapat meningkatkan motivasi kebajikan dan kesejahteraan sukarelawan disamping menggalakkan lebih ramai masyarakat untuk tampil menyertai
01:13gerakan sukarelawan.
01:16Keputusan itu dilihat sebagai pengiktirafan terhadap pengorbanan sukarelawan yang meluangkan masa dan tenaga bagi membantu mangsa bencana termasuk ketika berdepan
01:25situasi kecemasan.
01:27Ia turut mengambil kira komitmen sukarelawan yang terpaksa mengetepikan urusan pribadi dan keluarga demi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka
01:36yang terjejas.
01:37Kerajaan berharap penambahbaikan berkenaan dapat meningkatkan motivasi serta menggalakkan lebih ramai masyarakat menyertai gerakan sukarelawan dalam pengurusan bencana.