Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Ahmad Zahid menegaskan proses peletakan jawatan dilakukan mengikut adat dan tatacara, dengan surat diserahkan kepada beliau sebelum diutuskan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Transcript
00:00Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan pihaknya bertindak mendahului Istana Negeri Sembilan berhubung pengumuman peletakan jawatan Menteri
00:09Besar Datuk Ismail Lasim.
00:11Ahmad Zahid yang juga timbalan Perdana Menteri menjelaskan proses berkenaan telah dilakukan mengikut adat dan tata cara selepas surat peletakan
00:18jawatan itu diserahkan kepadanya sebelum diutuskan kepada yang diperluan besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhris, Tuanku Munawir.
00:27Tidak berniat begitu kerana surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada saya dan telah diutuskan kepada kepaduli Tuanku, maka ianya
00:46telah dilakukan melalui kaedah-kaedah yang mematuhi adat dan tata cara.
00:57Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Istana Negeri Sembilan yang memaklumkan pihaknya masih belum mengesahkan ketulenan surat peletakan
01:07jawatan Ismail.
01:08Dalam kenyataan pada selasa, pengelola Bijaya Diraja memaklumkan surat berkenaan dihantar ke Istana hingga Seremban pada jam 12.16 tengah
01:17malam 17 November oleh seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Hamidi daripada filma guaman Syahrul Hamidi dan Haziq.
01:25Istana turut menegaskan sebarang peletakan jawatan Menteri Besar perlu dikemukakan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan hanya berkuat kuasa
01:35selepas mendapat perkenan baginda.
01:38Menurut kenyataan itu, perkenan untuk Ismail menghadap tuangku mukri setelah diberikan lebih awal menerusi makluman WhatsApp pada jam 8.38
01:46malam 16 November dengan sesi menghadap ditetapkan pada jam 10 pagi 20 November ini.
01:53Perkenan tersebut diberikan 80 minit sebelum sisi usaha agung BN Datuk Seri Zamri Abdul Qadil membuat pengemuman mengenai perletakan jawatan
02:03Ismail menerusi Facebook pada jam 10 malam 16 November.

Recommended