00:00Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar tempoh program latihan khidmat negara PLKN 3.0 dipanjangkan kepada
00:0790 hingga 180 hari.
00:10Beliau berkata langkah tersebut adalah antara lain bertujuan untuk memantap dan mempukuhkan lagi daya tahan pelatih.
00:19Ahmad Zahid bagaimanapun berkata cadangan itu bergantung kepada kemampuan kerajaan untuk membiayai program tersebut.
00:26Saya merasakan bahawa tempoh 45 hari itu walaupun mencukupi buat setakat ini tetapi kalau ianya mahu lebih mantap haruslah dipikirkan
00:43supaya ianya dapat digandakan kepada 90 hari sekurang-kurangnya
00:50atau kemudiannya 180 hari kerana daya tahan di kalangan wira muda ini mesti diterapkan melalui kerekelem insyaAllah 4.0 atau
01:025.0 nanti.
01:05Dan ini juga tergantung kepada sejauh mana kemampuan kerajaan mahu membiayai kursus yang baik ini.
01:13Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata banyak negara yang melaksanakan program serupa untuk tempoh panjang termasuk selama setahun
01:22dan terbukti mampu mewujudkan generasi yang berdisiplin dan mempunyai daya tahan yang kuat.
01:28Dalam masa sama katanya pelatih-pelatih PLKN juga boleh diserapkan untuk mengikuti kursus-kursus pendidikan dan latihau teknikal dan vokasional
01:36dalam kurikulum yang akan ditambah baik.
01:39Ahmad Zahid turut berkata kerajaan akan mengkaji kaedah agar tenaga bekas pelatih PLKN dimanfaatkan
01:46termasuk terlibat dengan aktiviti sukarelawan bencana atau ketika diperlukan.
01:51Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan perbarisan tamat latihan pelatih program latihan khidmat negara
01:58siri 4-2026 di Kompleks Sukan Bagan Datuk pada ISNED.
02:03Seramai 269 pelatih dari seluruh dari Regimen 503 Askar Wataniah Kemp PLKN Hutan Melintang
02:11menamatkan latihan mereka selepas menjalani modul latihan selama 45 hari.