Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Kerajaan Negeri Johor membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap sejumlah akaun mencurigakan di media sosial, memuat naik pelbagai dakwaan serta fitnah berhubung projek pembangunan dan kemudahan awam di negeri itu.
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Johor membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC terhadap sejumlah akaun mencurigakan di
00:09media sosial, memuat naik pelbagai dawaan serta fitnah berhubung projek pembangunan dan kemudahan awam di negeri itu.
00:16Menteri Besar Johor, Dato' On Hafiz Ghazi berkata tindakan diambil supaya siasatan dapat dijalankan berhubung kesahihan akaun, kandungan yang disebarkan
00:25serta kemungkinan wujudnya aktiviti yang dilakukan secara berkoordinasi.
00:31Beliau berkata kebanyakan hantaran dikesan menggunakan ayat serta naratif yang hampir sama selain mendakwa kononnya wujud projek bernilai ratusan juta
00:39ringgit dan menyebut nama syarikat yang pelik serta meragukan.
00:42On Hafiz berkata sebagian besar akaun berkenaan tidak mempunyai sebarang pengikut sekaligus menjelaskan pihaknya sentiasa terbuka menerima teguran, kritikan dan
00:51aduan rakyat.
00:52On Hafiz menyuarakan harapan agar budaya politik yang matang dan bertanggungjawab terus diamalkan dalam musim pilihan raya.
00:59Menurutnya perbezaan pandangan, kritikan atau tidak bersetuju tentang sesuatu perkara tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyebabkan fitnah atau mengelirukan rakyat.
01:07Pada masa sama beliau menasihati rakyat supaya sentiasa berhati-hati dan menyimak kesahihan setiap maklumat sebelum mempercayai atau menyebabkannya.

Recommended