Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Bekas CEO Nvidia Jensen Huang dilaporkan sedang berbincang mengenai kemungkinan kembali menerajui syarikat itu. Beberapa tokoh industri termasuk Elon Musk dikatakan menyokong usaha membawa beliau kembali ke jawatan berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bekas Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, Janssen Huang, dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan kembali menerajui syarikat pengeluar chip terbesar AS itu.
00:11Menurut laporan Financial Times, beberapa sekutu Huang di Silicon Valley sedang menggerakkan kempen bagi mendapatkan sokongan lembaga pengarah NVIDIA dan
00:20White House untuk membawa beliau kembali ke jawatan berkenaan.
00:26Antara tokoh industri yang dilaporkan menyokong usaha tersebut termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk serta Ketua Pegawai Eksekutif Epic
00:33Games Tim Sweeney.
00:35Beberapa pelabur berpengaruh turut menggesa NVIDIA mempertimbangkan semula kepimpinan Huang berdasarkan rekod prestasinya ketika membangunkan syarikat itu menjadi peneraju industri
00:43kecerdasan buatan global.
00:44Namun usaha membawa beliau kembali turut dibayangi kontroversi yang membawa kepada perletakan jawatannya minggu lalu.
00:50Huang meletak jawatan selepas laporan media mengaitkannya dengan hubungan sulit bersama seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan aktiviti pengintipan
00:57untuk China.
00:58Ketika ini, lembaga pengarah NVIDIA sedang menjalankan siasatan bebas bagi meneliti dawaan berkenaan.
01:03Dalam perkembangan sama, situasi pemberdayaan dan berkesyarikat Scott Batson menggesa rombakan besar dalam kepimpinan NVIDIA.
01:10Presiden Donald Trump pula dilaporkan mencadangkan pengurusi eksekutif Apple Tim Cook sebagai calon berpotensi untuk menerajui syarikat tersebut.
01:17Setakat ini, NVIDIA maupun Jensen Huang belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai laporan kemungkinan beliau kembali memimpin syarikat itu.
Comments

Recommended