Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
APM menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan ambulans untuk menghantar 10 guru dan seorang pelajar yang terkandas akibat banjir di kawasan Simpang. Seramai 911 mangsa banjir ditempatkan di 12 PPS di Larut, Matang dan Selama.
Transcript
00:00Sepuluh guru dan seorang pelajar yang terkandas akibat banjir di kawasan Simpang, Taiping, dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Matang dengan
00:07bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APM.
00:10APM Daerah Larut Matang dan Selama memaklumkan kenderaan pacuan empat roda dan ambulans digunakan kerana laluan ke sekolah, dinaiki air
00:19dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
00:21Menurut APM, perjalanan menghantar mereka mengambil masa antara 10 hingga 15 minit. Bantuan pengangkutan turut diteruskan dari semasa ke semasa
00:30untuk menghantar guru dan pelajar lain ke sekolah masing-masing.
00:34Sementara itu, keadaan banjir di Larut Matang dan Selama semakin buruk dengan 911 mangsa ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara
00:42PPS.
00:43Di daerah Keryan pula, 13 mangsa melindung di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Merah.
00:53Terima kasih kerana menonton!

Recommended