Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Pembangunan bakat untuk ekonomi digital tidak boleh hanya tertumpu kepada kemahiran teknikal dan kecerdasan buatan semata-mata. Dalam dunia yang semakin dipacu teknologi, kemahiran insaniah, pemikiran kritikal, kreativiti dan nilai kemanusiaan perlu terus diperkasakan bagi melahirkan tenaga kerja yang relevan dan berdaya saing.
Transcript
00:00Kita tak nak melahirkan bakat berjiwa robot. Kita tak nak mereka ni hanya bergantung kepada jawapan ataupun apakah respon yang
00:10diberikan oleh AI.
00:11Kita hendak membentuk jiwa bakat. Kita hendak membentuk dia punya value ataupun nilai. Inilah perkara yang kita cuba bangunkan. Pemikiran
00:20yang analitik, pemikiran yang responsif, menggunakan respons daripada AI itu untuk menjadikan dia sebagai satu output yang bermakna.
00:30Kita tidak mahu AI itu mempengaruhi manusia. Kita hendak manusia ni yang mempengaruhi AI. Macam mana kita nak terapkan ini?
00:39Kita hendak pastikan pembelajaran di peringkat sekolah, di peringkat universiti ataupun mana-mana institusi pendidikan tinggi ini mengajar kita punya
00:49pelajar cara berpikiran secara kreatif, kritis dan juga analitik.

Recommended