Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kerajaan Negeri Selangor akan meneliti bentuk bantuan sesuai kepada penjaja dan peniaga kecil yang terjejas banjir, termasuk sokongan bagi meringankan komitmen bulanan selain bantuan kewangan sedia ada.
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Selangor akan meneliti bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat banjir bagi meringankan beban golongan itu.
00:08Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Syari, pihaknya bersedia membantu mangsa terkesan itu terutama di kawasan Kuala Selangor yang masih
00:15berdepan situasi banjir termenung.
00:17Beliau berkata, Kerajaan Negeri terlebih dahulu akan mendapatkan maklumat dan data terperinci mengenai jumlah mangsa yang terlibat.
00:23Ujarnya, Kerajaan Negeri akan meneliti bantuan yang bukan hanya berbentuk wang ringgit tetapi juga beberapa perkara yang dapat meringankan beban
00:32dan komitmen bulanan mereka terutama penjaja kecil.
00:35Dalam hari itu, Amiruddin berkata pihaknya akan menumpukan proses penyaluran bantuan kewangan kepada mangsa banjir seperti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan
00:43dan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Recommended