00:02Seramai 2,442 mangsa daripada 740 keluarga masih ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara PPS yang dibuka di Selangor, Perak
00:14dan Pulau Pinang sesulan banjir yang melanda beberapa kawasan di tiga negeri itu setakat jam 11 pagi pada Isnin.
00:21Berdasarkan maklumat Portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM, Perak merekodkan jumlah PPS tertinggi iaitu 13 diikuti Selangor dengan 6
00:32PPS manakala Pulau Pinang mencatatkan 1 PPS.
00:36Di Selangor, seramai 1,342 mangsa daripada 354 keluarga ditempatkan di 6 PPS di daerah Kuala Selangor melibatkan 3 mukim.
00:46Sementara itu, Perak merekodkan 1,010 mangsa daripada 362 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS di dua daerah iaitu Larut,
00:55Matang dan Selama serta Hilir Perak.
00:58Daerah Larut, Matang dan Selama mencatatkan jumlah mangsa tertinggi di negeri itu dengan 823 orang daripada 306 keluarga yang ditempatkan
01:08di 12 PPS melibatkan 5 mukim.
01:10Di Hilir Perak pula, seramai 187 mangsa daripada 56 keluarga ditempatkan di sebuah PPS yang dibuka melibatkan 1 mukim.
01:19Di Pulau Pinang, seramai 90 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di daerah Seberang Perai Selatan melibatkan 1
01:28mukim.
01:31Terima kasih.
01:31Terima kasih.
01:31Terima kasih.
01:34Terima kasih.