Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Wabak Ebola di DRC terus merebak dengan lebih 11,200 kes dan 5,500 kematian direkodkan. Africa CDC memberi amaran kegagalan membendung penularan boleh mencetuskan krisis kesihatan lebih besar.
Transcript
00:00Wabak Ebola di Republik Demokratik Kongo DRC masih belum terkawal 6 bulan selepas ia diisytiharkan pada 15 Mei lalu,
00:08susulan pelbagai kekangan termasuk serangan terhadap petugas kesihatan, tunggakan gaji dan kekurangan sumber.
00:15Ketua Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika, Afrika CDC, John Kasia berkata,
00:21situasi itu kekal serius dan memerlukan tindakan segera bagi mengekang penularan virus berkenaan.
00:30Menurut data kerajaan, lebih 11,200 kes jangkitan dan 5,500 kematian direkodkan sejak wabak itu diumumkan.
00:38Kasia berkata, lebih 80% kes baharu dikesan dalam kalangan individu yang tidak tersenarai sebagai kontak dikenalpasti
00:44melalui lebih 65% kematian berlaku dalam komuniti di luar kemudahan kesihatan.
00:49Keadaan itu membimbangkan kerana virus Ebola lebih mudah menjangkiti orang lain pada peringkat akhir penyakit,
00:54sekaligus menyukakan usaha pengesanan dan kawalan penularan.
00:57Beliau memberi amaran kegagalan membendur wabak itu segera berisiko menjadikannya wabak Ebola paling buruk pernah direkodkan di dunia.
01:05Antara kekangan dikenalpasti termasuk petugas yang tidak terlatih,
01:08ambulans kehabisan bahan api serta kekurangan pasukan pemantauan dan pegesanan kes.
01:13Kasia turut mengakui kelemahan penyelarasan antara kerajaan Kongo dan penderma antarabangsa
01:18meskipun kormitmen bantuan berjumlah kira-kira $2.9 bilion Amerika telah dijanjikan.

Recommended