Skip to playerSkip to main content
Di Taejongdae, Busan hasil laut dikutip sendiri oleh 'Haenyeo', penyelam wanita Korea yang turun ke laut tanpa tangki oksigen untuk mencari abalone, sotong kurita, landak laut dan pelbagai hasil laut lain. Semuanya dikutip satu per satu dengan tangan sebelum dihidangkan dekat tepi laut.

Lebih daripada sekadar makan seafood, pengalaman ini membawa kita mengenali tradisi Haenyeo yang sudah diwarisi sejak beberapa generasi.

Kalau pergi Busan, tempat ni memang patut masuk dalam list!

#RASA #RASAExploreMakan #BusanFood #Taejongdae #Haenyeo #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Kalau anda datang ke Tejongdeh di Busan, ada satu pengalaman makan yang sangat berbeza daripada restoran seafood biasa.
00:06Di bawah tebing berhampiran laut, ada gerai kecil yang dikendalikan oleh Hennyo,
00:11penyelam wanita Korea yang terkenal dengan kemahiran menyelam secara bebas tanpa tangki oksigen.
00:16Mereka turun ke laut hanya dengan wetsuit, mask dan fins, kemudian menyelam berulang kali untuk mencari hasil laut
00:22seperti ablon, sotong kerita, gamat, landak laut dan sea squid.
00:26Apa yang menarik, hasil ini dikutip satu per satu dengan tangan.
00:30Maksudnya, sea food yang sampai ke gerai bukan melalui import bukat besar
00:34tetapi bergantung pada nafas, pengalaman dan pengetahuan tentang laut yang diwarisi sejak beberapa generasi
00:40dan ketahanan mereka memang luar biasa.
00:43Lebih menarik, menurut dokumentasi UNESCO, Hennyo secara tradisional boleh bekerja sehingga 7 jam sehari, sekitar 90 hari setahun.
00:51Malah, satu kajian saintifik yang diterbitkan pada tahun 2025 turut mengkaji Hennyo berumur antara 62 hingga 80 tahun.
00:58Ia menunjukkan betapa luar biasanya keupayaan mereka melakukan aktiviti menyelam tahan nafas.
01:04Sebab itu, pengalaman makan di sini terasa sangat dekat dengan laut.
01:07Bayangkan anda duduk di tepi batu, dengar bunyi ombak dan di depan anda terhidang hasil laut yang baru saja dikutip
01:13dari perairan sekitar Busan.
01:15Jadi, bila makan seafood di Tanjonde, anda bukan sahaja menikmati hasil laut,
01:20anda sedang merasa sebahagian daripada tradisi laut Korea yang sudah diwarisi selama beberapa generasi.
01:26Terima kasih kerana menonton!

Recommended