00:00Pemimpin Demokrat di Senat Amerika Syarikat Chuck Schumer menggesa Republikan bekerjasama apabila partinya mengambil alih majoriti di Kongres pada Januari
00:08depan.
00:09Berucap pada Kamis, Schumer menegaskan Demokrat akan meneruskan agenda perubahan sama ada dengan satu atau tanpa kerjasama Republikan.
00:39Parti itu menyifatkan kemenangan besar dalam pilih hari bertengahan penggal sebagai mandat untuk menangani tekanan kos sehari hidup.
00:46Antara keutamanya ialah menjadikan pelan pelindungan kesihatan Obamacare lebih mampu milik dan memulihkan sebagian pemotongan terhadap Medicaid, program insurans kesihatan
00:55kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah.
00:57Demokrat turut menyasarkan penamatan tarif Presiden Donald Trump dan peperangan di Iran.
01:03Bagaimanapun, Schumer mengakui ramai pengundi memilih Demokrat kerana kecewa dengan Trump dan Republikan bukan semata-mata kerana menyokong partinya.
01:12Beliau berkata Demokrat perlu memanfaatkan peluang itu untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat yang masih ragu terhadap parti berkenaan.
01:19Schumer turut memberi amaran bahawa Republikan boleh berdepan penolakan lebih besar pada pilihan raya 2028
01:25sekiranya Trump menggunakan kuasa veto untuk menyekat usaha menurunkan kos dan membantras rasuah.