Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Teknologi kecerdasan buatan atau AI kini dimanfaatkan bagi memastikan latihan dan pembangunan kemahiran pekerja lebih bersasar serta menepati keperluan industri. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membangunkan Sistem Ejen Broker Pintar Berasaskan AI, yang berfungsi menganalisis jurang kemahiran pekerja sebelum memadankannya dengan keperluan syarikat dan pasaran kerja.
Menerusi cadangan latihan yang diperibadikan, sistem ini berpotensi mengurangkan pembaziran masa, tenaga dan kos, sekali gus membantu melahirkan tenaga kerja yang lebih kompeten.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebenarnya sistem ejen pintar ni
00:02Dia bertindak macam ejen manusia lah
00:05Maksudnya kalau kita perlukan nak selesaikan satu masalah
00:08Nak cari produk dan sebagainya
00:10Kita dapatkan seorang yang pakar kan
00:13Kita pakai sebagai ejen
00:14Tapi kalau sekarang ni kita gunakan AI sebagai ejen ni
00:17Untuk bantu menyelesaikan masalah lah
00:19Terutamanya kita nak mencari sesuatu
00:22Nak buat matching, supply and demand dan sebagainya
00:25So jadi masalah utama yang kita nak selesaikan
00:28Adalah dari segi pembaziran
00:30Contohnya pembaziran masa, pembaziran wang dan juga tenaga
00:35Bila kita buat secara manual
00:36Tapi dengan gunakan AI ni kita boleh mudahkan dan jimatkan perkara-perkara tu
00:41Macam mana dia berfungsi?
00:45Dia sebenarnya AI tu sebagai dia punya otak dia lah
00:49Dan berdasarkan pertama dia konsep supply dan juga demand
00:55Berdasarkan apa permintaan daripada pelanggan
00:59Apa yang dia mahukan kan
01:00Contohnya saya bagi satu contoh lah
01:02Kita nak membeli barang online contohnya
01:05So kita kena buat pencarian
01:07Kita kena buat pemilihan kan
01:08Lepas tu lagi kalau barang-barang tu contoh bersifat teknikal
01:11Dan kita tak tahu kita kena buat comparison sebagainya
01:14Lepas tu kita silap beli
01:16Tapi dengan adanya AI agent broker system ni
01:19Dia boleh membantu kita untuk membuat penilaian tu
01:22Dengan menggunakan pencarian data secara tepat
01:25Dan kemudian dia akan cadangkan kepada kita
01:28Apa pilihan-pilihan yang ada
01:30Untuk kita buat pembelian lah
01:31Ini kalau dalam kes barang kan
01:35Tapi kalau dalam projek saya ni
01:37Saya fokus lebih kepada pendidikan tu sendiri
01:39Sebab contohnya macam
01:41Ramai orang hari ni dia nak belajar
01:43Macam-macam kursus kita tengok kan
01:45Dan kadang-kadang kita FOMO
01:47Kita fear of missing out kan
01:49Kita nak join kursus tu sebab kita rasa kursus tu menarik
01:51Tapi sebenarnya tak perlu pun untuk kita
01:54So AI agent broker system ni
01:55Dia membantu kita untuk
01:57Dapatkan betul-betul apa kursus yang kita perlukan
02:00Untuk kita belajar

Recommended